6 Kumpulan Kartel Azmin Perlu Dikalahkan Pada PRU14, Menurut 'Inner Circle' PAN

6 Kumpulan Kartel Azmin Perlu Dikalahkan Pada PRU14, Menurut ‘Inner Circle’ PAN

Inner cirle Parti Amanah Negara menyenaraikan enam ‘Kumpulan Kartel’ daripada PKR yang perlu dikalahkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Keenam-enam ‘Kumpulan Kartel’ itu adalah Datuk Seri Mohamad Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR/ Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa), Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita PKR/ Parlimen Ampang), Dr Xavier Jayakumar (Naib Presiden PKR/ ADUN Sri Andalas), Amirudin Shaari ( Setiausaha PKR Selangor/ADUN Batu Caves), Sivarasa Rasiah ( Ahli Biro Politik PKR/Parlimen Subang) dan Elizabeth Wong (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR/ADUN Bukit Lanjan).

“Kalah puak ni yang lain berselerak..,” kata Zubaidi Sudin dalam Facebook pemikir Amanah, Tulang Besi, Abdul Rahman Abdul Talib.

Zubaidi tidak bersetuju kenyataan Tulang Besi yang turut menyenaraikan Tian Chua (Naib Presiden PKR/Parlimen Batu), N Surendran (Ahli Biro Politik PKR/ Parlimen Padang Serai), Azman Nasaruddin (Cikgu Man Lunas/ADUN Lunas), Latheefa Koya (Ketua Biro Guaman PKR), Khalid Jaafar (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR/Pengarah IKD) dan Affif Baharuddin (Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK)/ADUN Seberang Jaya) sebagai calon-calon ‘Kartel’ yang perlu dikalahkan.

“Tian Chua biarlah. Lateefa Koya ‘nothing’. Cikgu Man Lunas dan Surendran awal-awal lagi out…dah ada calon bukan Kartel akan ganti depa. Khalid Jaafar tak boleh menang.

“Pada saya.. Amanah dan PPBM patut langgar biar 3 atau 4 penjuru di kawasan (enam Kartel tersebut),” kata Zubaidi.

Tulang besi bersetuju dengan cadangan Zubaidi itu dan berharap keenam-enam Kumpulan Kartel itu dikalahkan pada PRU 14.

“Cantik idea tu Zubaidi Sudin. Kita kena pastikan kawasan-kawasan ni dilanggar sebagai mengajar yang lain bahawa kamu jangan sekali-kali menikam kawan-kawan kamu,” katanya.

Zubaidi menambah sebenarnya ‘Kumpulan Kartel’ hanya dikawal oleh dua individu sahaja, iaitu Azmin dan Zuraida.

“Puak Kartel ni sebenarnya bergantung pada Azmin dan Zuraida jer…2 orang ni out putus bekalan.

“Kalau yang lain still menang jugak tak pe. Agenda depa akan terbantut bila DSAI bebas. Masa tu kita cantas. Tak de jawatan tak de fungsi penting..duduk lah kau menempek jadi kera sumbang,” katanya lagi.

Sumber: AIDC