wong shu qi ADUN DAP Senai Dipanggil Polis Beri Keterangan Dokumen Palsu

ADUN DAP Senai Dipanggil Polis Beri Keterangan Dokumen Palsu

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Senai Wong Shu Qi dipanggil polis memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kebocoran dokumen kononnya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di laman web yang mengaitkan dengan nama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Wong Shu Qi yang merupakan bekas wartawan portal berita Cina Merdeka Review tiba di IPK Johor pada 4.15 petang dengan diiringi Ketua Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo yang juga Anggota Parlimen Puchong.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada pegawai siasatan dari Bukit Aman, Wong Shu Qi berkata beliau disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kastam Akan Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Fitnah & Berita Palsu Mengenai GST

Pada 27 November lepas, Wong Shu Qi diarah keluar DUN Johor selepas enggan menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya ketika membahaskan Bajet Johor 2018 mengenai kesahihan maklumat dalam dokumen SPRM yang dimuat naik oleh sebuah blog.

Dokumen itu mengaitkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terlibat dalam rasuah dan skandal hartanah melibatkan bekas EXCO negeri ini dan Mohamed Khaled pada ucapan penggulungan persidangan DUN Johor, Isnin lepas, (4 Disember) pula menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rasuah yang diterimanya seperti dikatakan terkandung dalam dokumen siasatan SPRM terbabit.

Sementara itu, seorang blogger bernama Yusof Al-Siddique Suratman, yang lebih dikenali sebagai Milosuam, hari ini dikenakan tahanan reman selama tiga hari berhubung siasatan terhadap dokumen yang disiarkan di blognya.

Peguamnya, Farhanna Roslan, berkata Yusof akan ditahan di balai polis daerah Dang Wangi, di mana dia dibawa selepas ditangkap di rumahnya di Melaka semalam.

Farhanna memberitahu pemberita di luar balai polis Dang Wangi pagi ini bahawa Yusof disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Laporan Bank Dunia Yang Terbaru Adalah Berita Baik Untuk BN, Bukan Sebaliknya

Mengulas isu berkenaan, Fikri Allaudin, Persatuan Pemikir Muda Johor berkata Shu Qi seorang ADUN DAP yang tiada kredibiliti kerana menggunakan sumber blog yang diragui.

“Pertama, laman web tersebut merupakan laman web milik pembangkang, http://www.milosuam.net/. Jadi, kerja mereka apa? Sudah tentu sentiasa memburukkan dan memfitnah pentadbiran kerajaan sedia ada,”katanya.

Menurutnya, jika Khaled Nordin terlibat mengapa tidak ditunjuk laporannya. Mengapa hanya sekeping kertas bersama nama saksi SPRM tanpa menyebut nama Menteri Besar Johor? Mana salinan laporan yang lain? Mengapa tidak dedahkan?

“Dinyatakan juga tarikh, jumlah dan tempat semenjak 2014-2015 duit itu diserahkan kepada Khaled Nordin iaitu di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor. Nampak sangat ada unsur cuba memburukkan pemimpin dan institusi UMNO.

“Apa logiknya Khaled Nordin mahu terima duit berjuta ringgit. Dan semua ini diterima di pejabat UMNO. Lebih baik dia terima di rumah, boleh tabur atas katil!,”katanya.

Dalam pada itu, katanya, nampak terkantoi si pemfitnah ini apabila apabila dikatakan pada 17 Jun 2015, Khaled Nordin menerima wang berjumlah RM700 ribu.

“Sedangkan, pada kerangka masa itu beliau ada lawatan kerja di Mesir dan Jordan berjumpa mahasiswa Johor di sana dan seterusnya menyambung jadual dengan mengerjakan umrah.

“Ketiga, part ini paling annoying, sudah reka cerita tiba-tiba dekat ending boleh pula bagi caption macam ni: Banyak lagi maklumat rasuah secara terperinci dalam kertas siasatan itu, tapi oleh kerana aku nampak ada tulis “rahsia” jadi aku tak jadi nak dedahkan kepada umum sebab kurang arif tentang isu perundangan berkenaan kertas tersebut,” katanya.

Sumber: AIDC