Aktivis DAP Beri Amaran Kepada Sultan Selangor

Aktivis DAP Beri Amaran Kepada Sultan Selangor

Biadap! Zaid Ibrahim beri amaran kepada DYMM Sultan Selangor.

Bagi aku, tindakan biadap ahli serta pemimpin DAP Zaid Ibrahim yang memberi amaran kepada DYMM Sultan Selangor wajar diambil tindakan undang-undang.

Kebiadapan Zaid Ibrahim ini tidak boleh dibiarkan kerana ianya akan menyebabkan penyokong pembangkang, lebih-lebih lagi penyokong DAP untuk bertindak kurang ajar terhadap insitusi Raja di negara ini.

Apa yang Zaid Ibrahim marahkan kepada DYMM Sultan Selangor adalah kerana DYMM Sultan telah menitahkan bahawa Top Dog Pakatan Pembangkang Dr. Mahathir Mohamad akan “membakar seluruh negara” kerana di dalam diri Dr. Mahathir beliau dipenuhi rasa marah di mana Dr Mahathir bukanlah jenis pemimpin yang akan membenarkan orang lain membaiki prestasi mereka.

Apa pendapat anda, terutamanya orang Selangor? Wajarkan tindakan undang-undang diambil terhadap Zaid Ibrahim?

Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang disaran untuk memberi respon tentang keceluparan ahli DAP ini. Jangan pula buat-buat tidak tahu atau zip mulut kerana isu ini pasti terpalik kepada parti DAP yang memang cauvinis dan anti-monarki.

Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) wajib memanggil Zaid Ibrahim kerana kerana keceluparan mulutnya memberi amaran kepada Sultan Selangor. Nampak sangat agenda jahat DAP ingin menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu apabila mereka berkuasa kelak.

Apa yang hendak dihairankan. ‘Top Dog” Pakatan Harapan sendiri telah berjaya menghapuskan sebahagian daripada imuniti dan kekebalan Raja-Raja Melayu satu masa dahulu.

Oleh ASSU