Anak Saudara Bebas Dengan Jaminan RM100,000, Kartel Azmin Diburu SPRM?

Anak Saudara Bebas Dengan Jaminan RM100,000, Kartel Azmin Diburu SPRM?

Mahkamah Majistret membebaskan Anak saudara Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid 34 dan seorang pengarah syarikat selepas 10 hari direman bagi membantu siasatan kegiatan melombong pasir dan batu haram di Selangor pada 2014.

Majistret Aida Khairuleen Azli membebaskan Aboy dan pengarah syarikat berusia 67 tahun dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM100,000 dan seorang penjamin setiap seorang.

azmin Menteri Besar Selangor Kesal Kes Rasuah Anak Saudara Bocor

Terdahulu, kedua-dua suspek dibawa pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 9.10 pagi.

Sebelum ini, empat individu direman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Mereka yang direman membabitkan dua pengarah syarikat, seorang pekerja syarikat pengiklanan dan seorang pengurus tapak.

Rabu lalu mahkamah sama membebaskan dua lagi individu, iaitu seorang pengarah syarikat dan pengurus tapak masing-masing dengan jaminan SPRM sebanyak RM15,000 dan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mereka ditahan SPRM pada 29 November lalu di sekitar Kuala Lumpur termasuk Aboy di kediamannya A-21-13, No.35 Jalan Desa Pandan bagi siasatan terhadap kegiatan melombong pasir dan batu haram di Kajang sejak 2014.

Sejak anak saudara Azmin ditahan SPRM tidak berhenti-henti Azmin dalam sidang medianya menyerang SPRM sebagai suatu tindakan konspirasi kononya amaran awal sudah diberikan oleh beberapa blog pro BN sedangkan hakikatnya Ummi Hafilda adiknya mengaku melaporkan kepada SPRM.

Sumber mendedahkan satu lagi tangkapan akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat terhadap individu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali iaitu sama ada Azman Ali abang Azmin atau Johan Taharin abang ipar Azmin.

Abang dan Abang ipar Azmin dikatakan kaya-raya dan jutawan selepas menjadi proksi Azmin di Negeri Selangor. Malah dikesan terdapat tanah-tanah Negeri Selangor diberikan kepada keluarga Shamsidar Taharin isteri Azmin. Shamsidar isteri Azmin menggunakan adik beradiknya sebagai proksi.

Seorang lagi yang telah lama diburu ialah gelaran Ketua Kartel Azmin, Shuhaimi Shafie yang juga Adun Sri Muda kini Setiausaha Politik MB Selangor yang berkuasa menentukan projek di Selangor. Beliau orang kepercayaan Azmin yang bertanggungjawab semua dana proksi Azmin Ali. Beliau hidup mewah serta gemar menunjuk seperti memiliki jam mewah Audemars Piguet (AP) berharga ratusan ribu ringgit.

Kita nantikan sama-sama gempur SPRM minggu depan. Kita berharap SPRM tidak perlu takut dengan segala ugutan peribadi. SPRM perlu tangkap, reman dan membuat pendakwaan kepada pesalah rasuah khususnya Azmin di Selangor.

Sumber: sabahkini2