Apabila Sultan Selangor Murka Dengan Zaid Ibrahim, DAP Cuci Tangan

Apabila Sultan Selangor Murka Dengan Zaid Ibrahim, DAP Cuci Tangan

Parti dominasi Cina, DAP dilihat cuba cuci tangan apabila Sultan Selangor murka kepada aktivis partinya, Zaid Ibrahim.

Sultan Selangor Murka Dengan Kenyataan Biadap Aktivis DAP Zaid Ibrahim

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata Zaid Ibrahim perlu berdepan sendiri kesan kenyataannya di akaun Twitter berkenaan Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah tersebut.

Ditanya Malaysiakini berkenaan pendirian DAP Selangor berkenaan isu itu, Tony Pua menjawab: “Tiada pendirian” (No position).

“Anggota kita dibenarkan menyatakan pendapat mereka, namun mereka perlu berdepan dengan kesan yang diakibatkan kemudian,” katanya.

Aktivis DAP Beri Amaran Kepada Sultan Selangor

Tegasnya, kenyataan Zaid Ibrahim itu tiada kaitan dengan DAP kerana ia bukan dikeluarkan parti dan Zaid tidak memegang apa-apa jawatan dalam DAP.

Semua pimpinan atasan DAP juga dilihat berdiam diri dan cuba menjauhkan diri daripada membuat ulasan terhadap isu berkenaan.

Sumber: AIDC