Awas! Azmin Licik, Pernah Ada Rekod Rasuah - Chegubard

Awas! Azmin Licik, Pernah Ada Rekod Rasuah – Chegubard

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mempunyai rekod lampau sebagai seorang rasuah, namun disebabkan kelicikannya beliau tidak didakwa kata ahli seumumur hidup PKR yang dipecat keahlian, Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata Azmin pernah disiasat SPRM (ketika itu dikenali sebagai BPR) pada tahun 1998, namun tidak didakwa selepas mendapat perlindungan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

azmin Ikut Logik Mahathir, Kerajaan Selangor Kerugian RM21 Bilion Kepada Pemaju Swasta

“Azmin sememangnya licik. Dia punya kertas siasatan lengkap BPR ketika 1998 namun kerana kelicikan dia tidak diusik malah ditangkap pun 1998. Sila klik (Kertas siasatan BPR ke atas Azmin lengkap tetapi kenapa tidak didakwa) untuk membaca dan melihat sendiri kertas siasatan terhadap Azmin yang telah dilengkapkan tetapi Mahathir arah jangan dakwa,” katanya dalam satu kenyataan.

Chegubard berkata demikian sebagai mengulas penahanan anak saudara Azmin, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Selain ditahan, sejumlah lebih RM 4 juta tunai ditemui dan beberapa akaun bank anak saudara Azmin itu turut dibekukan.

“Azmin Ali harus bertanggungjawab atas segala kegiatan korupsi yang sangat berleluasa di Selangor hari ini.

“Azmin telah berjaya melahirkan jutawan muda segera di sekelilingnya dalam keadaan majoriti rakyat sedang terhimpit dengan masalah kehidupan seharian.

“Dia menggunakan slogan PEDULI RAKYAT mengaburi mata rakyat dalam meneruskan dan melindungi kemunafikan kegiatan jahat dia dan kartelnya.

“Simpati dirakamkan kepada ‘macai-macai’ parti dia di bawah yang bersusah payah bekerja untuk parti namun terus hidup susah sedangkan budak muda keliling Azmin muncul terus mewah tanpa bersusah payah,” katanya lagi.

Sumber: AIDC