Azmin Tiada Keberanian Pertahankan Sultan Selangor

Azmin Tiada Keberanian Pertahankan Sultan Selangor

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat tidak mempunyai keberanian untuk mempertahankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, apatah lagi mengecam kebiadapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melakukan sembah derhaka terhadap baginda.

Sebaliknya, Azmin menggunakan hujah yang pernah digunakan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya) bahawa isu berkaitan Sultan Selangor dengan Dr Mahathir tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Sampai Bila Azmin Mahu Membatukan Diri Disaat Sultannya Teruk Dihina?

“Azmin Ali berkata isu pemulangan darjah kebesaran negeri adalah antara Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah serta istana dan kerajaan negeri ini tidak mempunyai kaitan dengannya,” katanya dilapor Bernama.

Berhubung kenyataan yang dibuat anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim terhadap Sultan Selangor, yang dianggap banyak pihak sebagai mempunyai unsur hasutan, Azmin berkata istana telah menegur Zaid berkaitan kenyataannya itu.

“Saya berpendapat beliau perlu bertanggungjawab dengan apa yang beliau ucapkan,” katanya.

Menurut laporan, melalui akaun Twitternya, Zaid antara lain mempertikai kritikan Sultan Selangor terhadap Dr Mahathir berhubung kenyataannya tentang masyarakat Bugis.

Sultan Selangor Murka Dengan Kenyataan Biadap Aktivis DAP Zaid Ibrahim

Sementara itu, Istana Selangor dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung laporan bahawa Dr Mahathir telah memulangkan dua darjah kebesaran yang beliau terima daripada Sultan Selangor, termasuk anugerah tertinggi negeri itu.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja kami mendapat kepastian bahawa pingat kebesaran itu sudah dipulangkan,” kata setiausaha sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika ditemui pemberita selepas upacara penyampaian pingat bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-72 Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, hari ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menerima dua pingat kebesaran daripada Sultan Selangor ketika itu pada 1978 dan 2003.

Satu daripadanya Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) (Kelas Pertama).

Pulangkan Pingat Kebesaran Selangor: Mahathir Sengaja Sembah Derhaka

Dr Mahathir dilaporkan memulangkan kedua-dua darjah kebesaran itu Khamis lepas, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kemurkaan istana berhubung kenyataan beliau tentang masyarakat Bugis.

Isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga dilaporkan turut memulangkan darjah kebesaran yang beliau terima daripada negeri itu.

Sumber: AIDC