nga kor ming DAP Perjuangkan Ekstremis Kaum & Agama - Tunku Abdul Aziz

DAP Perjuangkan Ekstremis Kaum & Agama – Tunku Abdul Aziz

Meskipun DAP tidak pernah mengaku secara terbuka menentang orang Melayu namun tindak tanduk pemimpin parti itu jelas mereka sering memperjuangkan budaya ekstremis perkauman dan agama.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sepanjang berada dalam parti tersebut, beliau dapat melihat sendiri sikap kesemua pemimpin DAP tidak menyenangi orang Melayu.

Katanya, lebih keterlaluan apabila mereka turut tidak menghormati Raja-raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.

wan ji Lim Guan Eng Biayai Penentang Yang Dipertuan Agong Dalam Kerajaan Negeri

“Ketika Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabalkan sebagai Sultan Kedah, beberapa pemimpin DAP telah dijemput ke istana namun saya tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

“Walau bagaimanapun, Lim Guan Eng berkesempatan hadir tetapi apabila pulang dari majlis tersebut dia seolah-olah memerli sistem pemerintahan beraja negara sebagai golongan feudal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas gesaan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa mahu Kementerian Dalam Negeri menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada bagi memastikan ekstremis perkauman dalam kalangan pemimpin DAP dikenakan hukuman se­timpal atas tindakan mereka.

Adakah ROS Bersalah Kerana Menegaskan DAP Wajib Patuh Perlembagaan Mereka Sendiri?

Sementara itu, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman berkata, gesaan GPMS itu wajar kerana ramai pemimpin DAP memang sering memperlekehkan kaum lain di negara ini.

Kata beliau, malangnya pihak berkuasa seolah-olah pejam sebelah mata dengan perbuatan pemimpin DAP itu kerana tiada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.

“Kalau sekali tidak mengapa, tetapi berulang kali pemimpin DAP ini menghina orang Me­layu dan menghasut kaum lain membenci pemimpin negara. Contoh terbaru adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Nga Kor Ming mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

“Tetapi tiada pula tindakan diambil, seolah-olah pemimpin DAP ini kebal dengan undang-undang negara, sebab itu mereka boleh bertindak sesuka hati termasuk menghina kaum lain,” katanya.