Dengan Bantuan Mahathir, DAP Yakin Dapat Tawan Putrajaya PRU14

Dengan Bantuan Mahathir, DAP Yakin Dapat Tawan Putrajaya PRU14

DAP yakin dengan bantuan Tun Dr Mahathir Mohamad akan meniupkan gelombang ‘Tsunami Melayu’ yang akan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Malaysia akan mempunyai kerajaan baru sekiranya UMNO kalah 40 kerusi di Semenanjung Malaysia kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Jika 50% pengundi Melayu memilih HARAPAN, pakatan pembangkang malah akan menubuhkan kerajaan dengan dua per tiga majoriti. Ini adalah realiti,” kata pemikir DAP, Liew Chin Tong dalam satu rencana hari ini.

liew chin tong Bila Ahli Parlimen DAP Kluang Berkhayal Dengan Andaian

Liew Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang merangkap pengerusi DAP Johor menolak pendapat ramai pengkaji politik yang mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sukar ditendang daripada Putrajaya berasaskan faktor undi deposit daripada Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, hujah itu hujah klise daripada pihak yang buta politik kerana kejayaan PH menawan Putraja bukan bergantung kepada Sabah dan Sarawak tetapi Semenanjung.

Berasaskan premis ‘faktor Semenanjung’ itu, pemikir DAP itu berkeyakinan PH berjaya mengambil alih teraju pemerintahan Putrajaya kerana sebahagian besar kerusi-kerusi Parlimen di Semenanjung di Pantai Barat khususnya di bandar-bandar telah dikuasai oleh pembangkang.

“Masalah paling besar di kalangan yang kononnya cerdik pandai ini adalah mereka suka mengulangi klise yang mereka sendiri tidak faham.

“Dengan itu, mereka cuba menjustifikasikan teori mereka. Mereka melihat Sabah dan Sarawak sebagai agen perubahan dan bukannya Semenanjung.

lim kit siang Kenapa Tiada Wakil Sabah & Sarawak Dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan?

“Menurut perkiraan saya pula, perubahan di Sarawak tidak ketara kerana gambaran yang diberikan kerajaan Sarawak yang seolah-olah mengamalkan politik pro-autonomi, selain keadaan muka bumi negeri itu.

“Sementara Sabah pula mempunyai situasi yang menarik. Pada PRU 2013, pembangkang cuma menang 3 kerusi parlimen. BN menang beberapa kerusi dengan kurang daripada 50% undi popular yang disebabkan oleh pertembungan lebih daripada dua penjuru.

“Kini dengan kehadiran Datuk Seri Shafie Apdal sebagai pemimpin pembangkang baru di pantai timur, serta mendapat sokongan dari kalangan Kadazan-Dusun-Murut, pembangkang sebenarnya mampu menang sehingga 10 kerusi parlimen.

“Bagaimanapun, pertarungan utama masih lagi di Semenanjung.”

Pemikir DAP itu juga turut menolak dakwaan ‘pertandingan tiga penjuru’ akan menguntungkan UMNO/BN, sebaliknya ia akan menguntungkan PH.

undi DAP & PKR Sedang Cuba Ulang Taktik Lama PRU13

Tegasnya, jika berlaku ‘pertandingan tiga penjuru’ itu pemenangnya adalah PH dan atas sebab itu dakwanya UMNO/BN sedang berusaha untuk mengelak perkara itu berlaku.

“Saya sebelum ini berhujah bahawa UMNO akan mendapati strategi pertembungan tiga penjuru akan menutup peluang UMNO berbanding HARAPAN untuk menang di kerusi marginal.

“Di kerusi campuran dengan majoriti Melayu, pengundi bukan Melayu lebih cenderung mengundi calon HARAPAN berbanding UMNO atau PAS.

“Tidak mengejutkan sekiranya dalam masa terdekat ini UMNO yang akan mengarahkan agar strategi tiga penjuru tidak digunakan. Perdebatan tentang tiga penjuru ketika ini, termasuk di kalangan penyokong pembangkang, sebenarnya hanya membuang masa.

“Jika UMNO kalah lebih kurang 40 kerusi ini dengan pertukaran undi yang memihak kepada HARAPAN, semestinya ia akan melahirkan sebuah kerajaan baru.”