Halang Urus Bantuan Banjir, Alasan Lim Guan Eng Mengarut! – ADUN DAP Tanjung Bungah

Halang Urus Bantuan Banjir, Alasan Lim Guan Eng Mengarut! – ADUN DAP Tanjung Bungah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggunakan alasan mengarut ketika menghalang wakil rakyat daripada mengurus bantuan RM700 kepada mangsa banjir di negeri itu, kata ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.

“Mengarut!” kata Teh Yee Cheu ketika menjawab alasan orang kanan Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera yang berkata beliau sukar dihubungi sebab itu beliau tidak dibenarkan menguruskan permohonan pampasan mangsa banjir di kawasannya.

teh yee cheu Saya Pernah Bantah Permohonan Projek Ini Namun Diejek - ADUN DAP Tanjung Bungah

Yee Cheu merupakan wakil rakyat kedua selepas ADUN PKR Kebun Bunga, Cheah Kah Peng yang dilarang menguruskan bantuan banjir RM700 kepada penduduk itu seperti yang diumumkan Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas bencana berkenaan 5 November lalu.

Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang dikritik banyak pihak ekoran keputusan menghalang Cheah Kah Peng dmenguruskan bantuan tersebut atas alasan sama iaitu prestasi sebagai wakil rakyat beliau yang tidak memuaskan.

cheah kah peng ADUN PKR Kecewa Lim Guan Eng Larang Beri Bantuan Banjir

Tindakan itu turut mencetuskan rasa tidak puas hati pemimpin PKR negeri ini yang menyifatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan demokrasi dan hak penduduk yang memilih Cheah Kah Peng sebagai wakil mereka.

Teh Yee Cheu dan Kah Peng sebelum ini dikenali sebagai wakil rakyat kerajaan negeri berhakuan kiri dan kumpulan pemberontak kerana sering tidak sehaluan dan mengkritik Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).