Impian DAP: Hapuskan Perbezaan Antara Bumiputera Dengan Bukan Bumiputera

Impian DAP: Hapuskan Perbezaan Antara Bumiputera Dengan Bukan Bumiputera

Kira-kira setahun sebelum tempoh pemerintahan panjang Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri berakhir, beliau telah menyebut bahawa tiada satu kaum pun di Malaysia yang lebih unggul berbanding bangsa lain.

Ucapan Tun Dr Mahathir ini telah digunakan sepenuhnya oleh Setiausaha Organisasi DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban sekarang, Anthony Loke Siew Fook, untuk mendesak Tun Dr Mahathir supaya “memainkan satu peranan penting untuk mengkaji semula dasar “Bumiputera” dan “bukan Bumiputera” serta menghapuskan perbezaan antara kaum di Malaysia sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Oktober” (play an important role to review the “Bumiputera” and “non-Bumiputera” policy and abolish the distinction between races in Malaysia before he step down as Prime Minister in next October).

Jika waktu Tun Dr Mahathir masih menjadi lawan politik kepada DAP pun, pemimpin DAP sudah berani mendesak beliau supaya “memainkan satu peranan penting untuk mengkaji semula dasar “Bumiputera” dan “bukan Bumiputera” serta menghapuskan perbezaan antara kaum di Malaysia”, bayangkanlah sahaja tahap keberanian yang dipunyai oleh pemimpin DAP untuk mendesak perkara ini, malah perkara-perkara lain juga, jika Tun Dr Mahathir, yang kini sudah menjadi kawan politik kepada DAP, malah mana-mana pemimpin Melayu dari Pakatan Harapan lain sekalipun, dilantik sebagai Perdana Menteri kembali.

Memang jelas bahawa DAP sejak dulu, kini dan selamanya mahu menghapuskan perbezaan antara kaum di Malaysia.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).