Isu Baitulmaqdis: Lim Kit Siang Kunci Mulut, Takut Israel Sekat Dana Kepada DAP?

Isu Baitulmaqdis: Lim Kit Siang Kunci Mulut, Takut Israel Sekat Dana Kepada DAP?

Pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang dilihat mengunci mulut isu Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Malah tinjauan di laman rasmi Ketua Ahli Parlimen DAP, blog.limkitsiang.com juga menunjukkan Penasihat DAP itu tidak membuat apa-apa ulasan mengenai isu tersebut.

“Dengar cerita Lim Kit Siang tak pergi perhimpunan Solidariti Baitulmaqdis hari ni..Maklum la dia takut tak dapat dana dari Israel untuk PRU14 ni..,” ulas Mikhail Ivanovich dalam Facebook.

Dana Israel: Sehari Dalam DAP Bersamaan 17 Bulan, Bila Mahu Saman?

15 April lalu, Tan Khai Beng meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat sejauh manakah kebenaran maklumat diterimanya mendakwa Kit Siang mengetuai rombongan DAP melawat Israel.

“Baru-baru ini pemimpin DAP telah pergi ke Jordan dan Israel yang diketuai oleh Lim Kit Siang … Bolehkah PDRM siasat perkara ini?” soalnya.

Tan Khai Beng berkata pendedahan-pendedahan PAS berkenaan hubungan DAP dengan kuasa asing perlu diberi perhatian kerana PAS pernah bersama DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) yang menjustifikasikan maklumat parti Islam itu adalah relevan.

“Pihak berkuasa yang berkaitan harus bertanyakan PAS dan DAP mengenai dakwaan ini. PAS telah bersama-sama dengan DAP selama lebih dari 6 tahun. PAS mempunyai lebih banyak maklumat mengenai pengkhianatan DAP ketika berkolaborasi dengan negara asing untuk campur tangan dalam politik Malaysia,” katanya.

Kenyataan Tan Khai Beng itu merujuk kepada pendedahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP telah mengundang Amerika Syarikat dan negara-negara asing lain untuk campur tangan dalam urusan politik Malaysia.

Tan Khai Beng turut melampirkan satu poster pendedahan Mohamed Razali Abd Rahman, bekas pegawai Khas Lim Guan Eng, berkaitan hubungan DAP dengan Israel.

Pendedahan Mohamed Razali yang dibuat sebelum PRU 13 itu dibangkitkan semula oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pada 29 Disember 2015.

Marah dengan pendedahan itu, Lim Kit Siang berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tokoh yang tidak dinamakan itu.

“Kita akan ambil tindakan undang-undang, ‘beliau’ perlu membayar harga yang tinggi kerana dakwaan tidak berasas dan melulu itu, di mahkamah,” kata Lim Kit Siang dengan penuh semangat dalam satu Majlis Makan Malam Parti Amanah Negara Kelantan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada 1 Jan 2016.

Lim Kit Siang tidak menamakan ‘beliau’ yang dimaksudkan itu tetapi portal pro DAP, Malaysiakini menamakan individu itu adalah Dr Mohd Zuhdi dan bukannya Mohamed Razali.

“Beliau (Lim Kit Siang) menjangkakan peguam-peguam DAP akan memulakan tindakan undang-undang dalam tempoh sehari dua lagi,” lapor portal pro DAP itu.