expo negaraku Kantoi Fitnah Abdul Rahman Dahlan, Rafizi Padam 'Posting' Facebook

Kantoi Fitnah Abdul Rahman Dahlan, Rafizi Padam ‘Posting’ Facebook

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berdepan saman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berikutan fitnah mendakwa menteri berkenaan melantik ahli keluarganya sebagai kontraktor pelaksana Expo NegaraKu.

Ujar Abdul Rahman, Rafizi mengatakan bahawa telah membuat penyiasatan dan penyelidikan serta mempunyai bukti bahawa Raslan Dahlan, Ketua Pegawai Eksekutif PICO Intergrated Exhibit Sdn Bhd, adalah abang kepada Abdul Rahman.

Rafizi, Saya Terima, Tetapi Sama Ada 2 Debat Atau Tiada Debat Langsung - Eric See-To

“Sekali lagi Rafizi secara sengaja merekacipta satu pembohongan besar dalam kerakusan beliau untuk memfitnah saya, kerajaan BN dan Datuk Seri Najib Razak.

“Ini membuktikan Rafizi adalah seorang pembohong tegar bersiri (compulsive serial liar) yang tidak pernah takut kepada Allah.

“Saya akan berbincang dengan peguam saya dalam masa yang terdekat ini untuk tindakan undang-undang seterus terhadap pembohong tegar bersiri bernama Rafizi Ramli ini,” ujar Abdul Rahman.

Abdul Rahman merangkap Ahli Parlimen Kota Belud turut berharap Pakatan Harapan mengeluarkan arahan agar Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu tutup mulut kerana pembohongan ini sekaligus mengaibkan pakatan berkenaan.

Penjelasan Rafizi Lebih Mengelirukan Daripada Persoalan

“Rakyat perlu membuka mata terhadap pembohong tegar bersiri ini kerana penyakit berbohong dia ini tidak boleh diubati lagi,” katanya lagi.

Dakwaan oleh Rafizi diutarakan menerusi sidang media di laman Facebook miliknya namun semakan Malaysian Digest mendapati ianya telah dipadam.

Penganalisis politik Lim Sian See (LSS) menghuraikan lanjut bahawa Raslan Dahlan berasal dari Johor sementara Abdul Rahman Dahlan berasal dari Sabah.

“Masalahnya Raslan tidak berkait dengan Rahman Dahlan langsung. Nama penuh Raslan adalah Nooraslan Bn Mohd Dahlan dan beliau dilahirkan di Johor seperti anda boleh lihat dari Mykad beliau kod 01.

“Sementara nama penuh Rahman adalah Abdul Rahman bin Datuk Hj Dahlan (tiada Mohd) dan beliau dilahirkan di Sabah. Malah, bapa beliau merupakan ADUN Sabah bagi DUN Sulaman selama enam tahun semenjak 1971,” ujar LSS.

“…Nampaknya satu lagi saman akan datang kepada Lapiji (Rafizi). Dia ni kisah tak untuk menyemak fakta atau beliau sekadar tembak dan terima saman supaya boleh minta lebih banyak derma?” soal LSS.