Kasihan Mengenang Nasib Muhyiddin Di Ambang PRU14

Kasihan Mengenang Nasib Muhyiddin Di Ambang PRU14

Kasihan. Kasihan. Kasihan. Itulah perasaan yang saya ingin kongsikan apabila mengenang nasib bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika negara di ambang PRU14.

Daripada menduduki kerusi TPM tak lama dahulu dan disebut-sebut untuk menjadi PM sekitar hujung tahun lalu, kini nama Muhyiddin terus lenyap begitu sahaja daripada senarai calon di kalangan pembangkang untuk jadi PM.

Kenapa Bukan Muhyiddin Calon PM Pakatan Harapan? - Fathi Aris Omar

Yang disebut hanya nama Tun Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja, manakala jawatan TPM sudahpun diisi oleh isteri Anwar atau parti lain dalam pakatan pembangkang.

Kalau setakat nak jadi menteri kanan, tak berbaloilah tindakan Muhyiddin untuk menentang Datuk Seri Najib Razak kerana itu bukan janji Mahathir ketika Muhyiddin bersama menubuhkan parti bunga bersamanya dahulu.

Muhyiddin Pernah Akui Ada Komplot Jatuhkan Najib

Buat rakyat, renung-renungkan lah nasib negara ini jika pembangkang mendapat undi anda pada PRU14, siapa nak jadi PM pun susah nak tentukan, apatah lagi nak uruskan negara.

Sebelum menang, memang pembangkang boleh janjikan bulan dan bintang, tetapi jika duk sibuk berebut sapa nak jadi PM, siapa pula akan uruskan hal ehwal dalamam dan luaran negara, belum masuk lagi bab ekonomi yang cukup mencabar.

Oleh Rizal Mansor