Khalid Ibrahim Perli PKR Hanya Laungkan Retorik Keadilan Tanpa Komitmen

Khalid Ibrahim Perli PKR Hanya Laungkan Retorik Keadilan Tanpa Komitmen

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang hadir ke Konvensyen UMNO Selangor 2017 mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Ada yang mengatakan Khalid Ibrahim mungkin menyertai UMNO sama seperti yang dilakukan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebelum ini.

Menerusi satu status yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini, Khalid Ibrahim berkata, jemputan itu merupakan usaha yang baik demi memperkasakan perpaduan umat Islam sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Namun ada juga menganggap status seumpama itu seakan-akan memerli parti sebelum ini.

Pakatan & PKR Dialu-Alukan Terus Memfitnah Khalid Ibrahim

“Saya yakin pendekatan ini jauh lebih efektif daripada hanya menyokong satu pihak yang gemar melaungkan retorik keadilan tanpa komitmen untuk melakukan reformasi sebenar.

“Apa pun, saya tidak akan melepaskan prinsip amanah, telus dan bertanggungjawab dalam segala tindakan dan keputusan,” tulisnya.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuat naik sekeping gambarnya bersama Khalid Ibrahim di laman Twitternya dalam majlis tertutup parti itu.

Ahmad Zahid memuatkan kapsyen berbunyi, “Tan Sri Khalid Ibrahim turut dalam majlis Konvensyen Umno Selangor di PWTC”.

Adakah ia sebagai signal Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu akan menyertai UMNO?

Khalid Ibrahim juga ADUN Perlabuhan Klang dipecat PKR pada 2014 kerana dikatakan melanggar beberapa peraturan parti.