Mahathir Mahu Jadi PM Lagi, Rekod Tertua Dunia Mengatasi Robert Mugabe!

Mahathir Mahu Jadi PM Lagi, Rekod Tertua Dunia Mengatasi Robert Mugabe!

Ketika diktator Robert Mugabe berundur sebagai Presiden Zimbabwe bulan lalu, pembangkang di Malaysia pula menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri mereka.

Keputusan pelik itu dicapai Pakatan Harapan ketika sesi pemukiman blok empat parti gabungan belum diiktiraf oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan tersebut dan berlangsung selama dua hari di Putrajaya yang berakhir kelmarin.

Mahathir dinamakan untuk mengisi jawatan berkenaan sekiranya pakatan aneh itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO sejak merdeka.

Jika ini menjadi realiti, Mahathir bakal dinobatkan sebagai pemimpin kerajaan paling tua di dunia, sekali gus beliau mungkin layak disenaraikan dalam Malaysia Book of Records selain Guinness World Records mengatasi Mugabe.

Kenyataan Mahathir Yang Paling Diingati Sepanjang Zaman

Sekadar perbandingan Mugabe berusia 93 tahun sebelum digulingkan tentera negara Afrika itu, manakala Mahathir akan genap 93 tahun pada 10 Julai depan. Ini juga mengatasi Ratu Elizabeth II di Britain yang berumur 91 tahun.

Menurut portal propembangkang The Malaysian Insight, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat zalim Mahathir, akan mengisi posisi Timbalan Perdana Menteri.

Mereka berdua dilaporkan hanya menyandang jawatan itu “buat sementara waktu” tanpa ditentukan tempohnya dan dipercayai sebagai menunggu Anwar menerima pengampunan diraja daripada menjalani hukuman penjara.

Laporan itu namun tidak sebut secara muktamad siapakah ahli politik yang akhirnya memegang jawatan tersebut kelak kerana amalan lazimnya hanya parti memiliki kerusi terbanyak selepas PRU dapat menjadi perdana menteri.

mahathir Prinsip Pakatan: Hanya Kami Boleh Rasis, Orang Lain Tidak Boleh

Ketika ini DAP yang pernah digelar Mahathir sebagai cauvinis rasis, mempunyai jumlah kerusi terbesar di Dewan Rakyat dan dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk menang dengan bilangan konsisten pada PRU kelak.

Ini jauh berbeza dengan PKR, PAN dan PPBM yang diramal tewas teruk kepada calon UMNO semasa PRU itu. Jika tokoh DAP tidak dilantik sekali pun sebagai perdana menteri, parti tersebut bakal jadi ‘suara’ penentu dasar negara.

Ini dapat dilihat sendiri di Selangor apabila kerajaan negerinya waima menteri besar ialah wakil PKR, tetapi banyak keputusan dipengaruhi oleh DAP termasuk penghapusan Yayasan Selangor dan segala agenda kepentingan Melayu.

“PPBM, PAN dan DAP sudah bersetuju, hanya PKR belum mendapatkan kata sepakat kerana ingin dibincangkan di peringkat biro politik parti itu,” menurut sumber yang enggan dikenali seperti dipetik laman Malaymailonline.

Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 sehingga 2003. Ketika itu DAP dan PKR pernah gigih mengadakan siri demonstrasi haram mendesak Mahathir berundur malah beliau digelar Maha Firaun!