Malaysiakini Melampau, Pro Israel?

Malaysiakini Melampau, Pro Israel?

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mengecam tindakan biadap Malaysiakini menyiarkan satu artikel yang disifatkan ‘Pro Israel’ pada Khamis ketika sentimen majoriti umat Islam di negara ini mengecam Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Artikel yang disiarkan Malaysiakini bertajuk “One Malaysian, standing with Israel” bagaimanapun dipadamkan oleh pihak portal itu, namun ia masih boleh dibaca melalui pautan cache.

DC Leaks Bongkar Malaysiakini, KiniTV Dapat Dana Dari George Soros

Kenyataan media Dr Puad seperti berikut:

MALAYSIAKINI MELAMPAU, PRO ISRAEL?

Semalam “MALAYSIAKINI” portal pro pembangkang secara biadap berani menyiarkan satu artikel “Pro Israel” dalam portal mereka.

Di saat rakyat Malaysia dan antarabangsa mengecam tindakan Amerika untuk memindahkan pejabat kedutaannya ke Baitul Muqqadis, tiba-tiba Malaysiakini bersikap pro Israel.

Di saat semua anggota Majlis Keselamatan PBB (kecuali Amerika) mengundi mengecam tindakan Amerika, tiba-tiba Malaysiakini mahu menyalahgunakan kebebasan media untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia yang akan berhimpun hari ini bersama PM di Masjid Putrajaya untuk membantah tindakan Donald Trump itu.

Artikel itu bukan sahaja mengecam tindakan Najib, Malaysia dan dan Turki yang dianggap bodoh tetapi membuat provokasi melampau dengan mengatakan Jerusalem telah menjadi Ibu Negara Jewish sejak 3000 tahun lalu. Bahkan masyarakat Jewish adalah majoriti sehingga ke tahun 1800 pemerintahan Kerajaan Uthmaniah.

Bukan itu sahaja, si penulis menggunakan hujah, bahawa dalam Al Quran hanya menyatakan Jerusalem kota suci ketiga kepada umat Islam berbanding “Judaism” menyatakan Jerusalem adalah kota paling suci untuk orang Yahudi.

Hakikatnya orang Palestin adalah majoriti di Jerusalem sehinggalah ke tahun 1900an sehinggalah penjajah British menggalakkan perpindahan penduduk Yahudi ke kawasan berkenaan.

Apakah rakyat Malaysia yang berhimpun hari ini adalah bodoh? Malaysiakini memang melampau.

Dr Mohd Puad Zarkashi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO