mahathir Memang Lim Kit Siang Mahu Jadi Perdana Menteri - Tunku Aziz

Memang Lim Kit Siang Mahu Jadi Perdana Menteri – Tunku Aziz

Memang Lim Kit Siang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri sebab itu Penasihat DAP itu sentiasa berada dalam Jawatankuasa tertinggi parti (CEC) dan bertanding dalam setiap Pilihan Raya Umum (PRU), kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata sedemikian sebagai mengesahkan kenyataan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 baru-baru ini yang mendedahkan Lim Kit Siang berminat untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kit Siang mesti tampil dan bertindak balas terhadap kenyataan itu sendiri. Dia tidak sepatutnya bersembunyi di belakang orang Melayu, seperti yang selalu dia lakukan,” kata Tunku Aziz dalam satu kenyataan.

lim kit siang Selepas Berdolak Dalik, Mahathir Akui Anwar Hanya Jadi PM Ke-8, Bukan Ke-7

Menurutnya, meskipun Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, sering diwar-warkan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui DAP sebagai calon Perdana Menteri, namun mereka bukan Ahli Parlimen, yang tidak membolehkan mereka memegang jawatan tertinggi negara itu.

“Kenyataan Perdana Menteri (Najib) adalah tepat yang mengatakan bahawa Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri. Itu sebabnya dia (Kit Siang) tidak pernah berputus asa (bertanding setiap PRU) dan menguasai DAP.

“Sekarang dia (Kit Siang) perlu menjadi Perdana Menteri jika dia mahu menyelamatkan (anaknya dan Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dari penjara atas tuduhan rasuah.”

Mahathir & Anwar Boleh Lupakan, Lim Kit Siang Akan Jadi PM Jika Pakatan Menang

Tambahnya, selama ini Lim Kit Siang sengaja berpura-pura menyokong orang lain (Melayu) sebagai Perdana Menteri untuk melencongkan pandangan umum dan menyembunyikan hasrat sebenarnya.

“Matlamat utama mana-mana diktator adalah untuk menjawat jawatan tertinggi iaitu Perdana Menteri,” katanya.