Muhyiddin Kata DAP Mahu Tubuh Negara Republik Malaysia

Muhyiddin Kata DAP Mahu Tubuh Negara Republik Malaysia

Baru terbaca teks ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang pada waktu itu adalah Timbalan Presiden UMNO, di dalam Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 29 November 2011.

Di dalam ucapan ini, Tan Sri Muhyiddin menyebut, “Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan”.

Tambah beliau: “Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

Mohon bantuan mereka yang tahu mengenai tarikh dan identiti pemimpin DAP yang “mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong” ini.

Pelik juga sebab kalau ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini tidak betul, kenapa pula pemimpin DAP tidak membuat laporan polis atau menyaman beliau?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).