lim guan eng lim kit siang Pendirian Sebenar DAP Terhadap Israel Dipertikai

Pendirian Sebenar DAP Terhadap Israel Dipertikai

Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman mempertikai pendirian sebenar DAP terhadap Israel khususnya berkaitan dengan isu pendirian Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara kaum Yahudi.

Ia merujuk kepada demonstrasi Pakatan Harapan (PH) di kedutaan AS pada 15 Disember yang melibatkan 100 orang tanpa penglibataan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang mahupun anaknya, Lim Guan Eng.

Dana Israel: Sehari Dalam DAP Bersamaan 17 Bulan, Bila Mahu Saman?

“Tetapi yang menjadi persoalan saya pada (demonstrasi) hari itu (15 Disember) ialah kenapa pucuk pimpinan tertinggi DAP, tiada siapapun hadir.

“Cuma yang nampak pada petang itu, Tun M, Mat Sabu dan Wan Azizah yang hadir.

“Kemanakah pucuk pimpinan tertinggi DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tan Kok Wai yang berada dalam CEC itu. Kenapa mereka tidak hadir dalam perhimpunan tersebut? Adakah mereka tidak bersetuju dengan perhimpunan pada petang itu?” soalnya.

Mohamad Razali berkata ketiadaan pimpinan DAP dalam demonstrasi anjuran PH yang membantah Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel adalah sesuatu yang janggal.

“Tetapi apabila kerajaan Malaysia menghalang dua atlet Israel daripada menyertai sukan di Malaysia, dengan begitu lantang, DAP Perak menghentam Kerajaan Malaysia. Sedangkan isu Palestin ini adalah isu global.

“Walaupun Lim Guan Eng telah membuat kenyataan media, tetapi persoalan saya kenapakah pemimpin tertinggi DAP tidak hadir dalam majlis (demonstrasi) yang diadakan pada Jumaat yang lalu (15 Disember),” katanya lagi.

Sebelum PRU 13, Mohamed Razali telah membuat pendedahan berkaitan dengan dua perkara utama berkenaan hubungan DAP dengan Israel.

Pertama : Kader-kader terpilih DAP dilatih agensi perisikan Israel

Dalam DAP ini ada tujuh belas (17) orang pakar strategi yang dilantik oleh Setiausaha Agung DAP. Lima belas (15) orang Cina, seorang (1) India dan seorang (1) Melayu. Saya merupakan wakil orang Melayu yang berada dalam G 17.

G17 ini untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan adalah merupakan satu jawatankuasa sulit, hanya Setiausaha Agung dan pemimpin-pemimpin tertinggi saja yang ada, yang lain semua tak ada.

G17 nilah yang mengerakkan semua jentera-jentera DAP secara dalaman.

Kami dilatih oleh pakar-pakar daripada luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan pihak Israel. Latihan yang saya terima semuanya berbezalah daripada US, UK, Australia, Jerman, Kanada, Belgium.

Saya kata saya dilatih tiga tahun oleh pihak Israel, jadi ideologi saya dengan Tuan-tuan dan Puan-puan berbeza lah.

Saya cuma terima dua ideologi saja. Satu Malaysian Malaysia dan lagi satu fahaman Zionis. Lain..semua saya tolak. Saya tolak semua. Dua ini saja yang saya terima. Saya lebih pentingkan parti saya ni daripada anak ke..bini ke..family ke segala-galanya, parti its more semua important bagi saya.

Apakah Kesudahan Perjanjian DAP & Kedutaan Israel?

Kedua : Rundingan sulit DAP dengan kedutaan Israel

Hubungan Israel dengan Anwar Ibrahim lah, hubungan Israel dengan PKR, itulah..inilah, banyak orang dah tahu dah.

Tapi apakah hubungan istimewa Israel dengan DAP? Kalau tak istimewa, tidak kami dilatih hampir 3 tahun oleh Israel. Dilatih oleh pihak Mossad. Saya terima latihan daripada Mossad.

Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.

Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.

Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.

Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.

Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.

Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.

Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel.

Sebab itu DAP kata, kalau berlaku sekali lagi 13 Mei, dia tak takut, dia kata. We are not scared for that. Mungkin 1969 kita kalah, tapi lepas ini kita akan pastikan nak ajar orang Melayu macam mana.

Kerana apa, kerana dia yakin yang dok berada di belakang dia tu ada. Satu jentera yang paling kuat sekali. Dia tak hairan, berlakulah. Dia nak juga benda tu berlaku. Dia nak ajar. Dendam tu, dia kalah 1969, dia tak puas hati. Dia nak ajar balik. Sampai tahap tu.

Base tentera Israel akan wujud, pasal apa? Pasal apa Israel mahu tempat tu Tuan-tuan dan Puan-puan. Dia ingin mengembangkan, dia ingin menjadikan base itu sebagai base untuk Asia Tenggara. Dia kata, base yang ada di Singapura ni kecil, sebab tu dia kenal pasti nak benda ni.

Dia minta Lim Guan Eng, Guan Eng setuju. Kami menang, kami akan bagi dengan syarat kamu tolong kami PRU 13 ni. Ada perjanjian dah.

Selanjutnya, sila baca transkrip ceramah Razali dalam artikel bertajuk “Pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP

Sumber: AIDC