PPBM: Anwar Bukan Keutamaan Pakatan Harapan

PPBM: Anwar Bukan Keutamaan Pakatan Harapan

Pembebasan dan masa depan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar menguasai agenda Pakatan Harapan (PH), kata satu parti gabungan itu.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga berkata PKR tidak boleh meletakkan syarat Anwar menjadi perdana menteri jika mereka menang Putrajaya.

Apa Pendirian Mahathir Sekarang Tentang Perbuatan Liwat Anwar?

“Ini gabungan PH, semua kena bincang dan membuat keputusan, bukan hanya PKR menentukan semua syarat bagaimana pakatan ini digerakkan.

“Kami tidak mahu PH dilihat sebagai pakatan untuk Anwar,” kata anggota majlis tertinggi PPBM Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff kepada Malay Mail.

PKR dilaporkan meletakkan syarat Tun Dr Mahathir Mohamad, pengerusi PH dan PPBM, sebagai perdana menteri sementara sebelum diserahkan kepada Anwar.

Biro politik PKR juga meletakkan syarat bekas perdana menteri itu berkempen untuk pembebasan mantan timbalannya itu, kini di penjara Sungai Buloh.

anwar Mahathir, Keputusan 8 Hakim & 2 Mahkamah Tertinggi Semuanya Salah?

Rais berkata PH harus menghormati undang-undang dan proses Anwar, bersalah kes liwat, dibebaskan akan mengambil masa melalui beberapa peringkat.

Ahli strategi PPBM itu juga kesal keputusan penting PKR dibocorkan kepada portal Malaysiakini dan “berharap semua pihak kena menerimanya.”

“Nasib Anwar itu penting, dan kami juga memberikan tekad kami dalam hal itu, tetapi objektif PH mestilah menyelamatkan negara, fokus isu lebih besar.

“Bukannya seorang pemimpin atau satu parti menetapkan agenda atau naratif,” katanya lagi, yang menekankan saluran perbincangan betul.

PH kecuali PKR sebelum ini dilaporkan mencadangkan Dr Mahathir dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon perdana menteri dan timbalannya.

Sumber: The Malay Mail Online