PPBM Isytihar Hubungan Dengan PAS Sudah Berakhir

PPBM Isytihar Hubungan Dengan PAS Sudah Berakhir

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa hubungan parti itu dengan PAS sudah berakhir dan tiada lagi sebarang rundingan kerjasama dengan parti Islam berkenaan.

Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam ucapan pengulungannya pada Mesyuarat Agung Pertama parti itu lewat petang ini berkata, keputusan itu diambil kerana gagal mencapai kata sepakat disebabkan parti itu menolak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Mukhriz berkata sebelum ini beliau ditugaskan parti untuk menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan PAS, namun menemui jalan buntu apabila PAS dakwanya lebih cenderung kepada UMNO.

Lebih Baik Bekerjasama Dengan UMNO Daripada DAP Yang Anti Islam - PAS

‘Pemimpin tinggi PAS kebelakangan ini mesra UMNO. Mereka menyatakan nak tanding 100 kerusi Parlimen dan berpuas hati jika menang 40 kerusi Parlimen tidak mampu tubuh kerajaan hanya nak jadi kuasa penentu apabila keputusan belah bagi antara Pakatan Harapan dan BN.

“Ini menunjukkan kepimpinan PAS tidak berprinsip. Tidak ada kekuatan untuk tolak kleptokrasi.

“Isu tanah Felda PAS kata untuk selesaikannya amat mudah tidak perlu tubuhkan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja), maka dengan itu PPBM buat keputusan untuk putus rundingan dengan PAS,” katanya dilaporkan portal pro-Amanah, Malaysia Dateline.

Kerajaan Akan Ambil Alih RUU 355 Najib

Dengan pengumuman itu, Mukhriz berkata PPBM bersedia bertanding tiga penjuru dalam PRU 14 nanti.

“Malah kita (PPBM) sanggup berhadapan tiga penjuru dengan PAS.

“Kita yakin usaha gigih kita tarik sokongan rakyat untuk menang majoriti undi perlu memihak pada PH, setiap satu undi itu berharga buat PH,” ujarnya lagi.