PSM Iktiraf Mahathir Jaguh Anti Raja-Raja Melayu

PSM Iktiraf Mahathir Jaguh Anti Raja-Raja Melayu

Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad memulangkan semula darjah dan bintang kebesaran Sultan Selangor yang diterimanya pada tahun 1978 dan 2003 mengesahkan beliau seorang jaguh anti sistem monarki atau sistem pentadbiran di bawah Raja-Raja Melayu, kata Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Mohd Ismath.

“Satu perkara yang kita tak boleh nafikan mengenai Mahathir ialah, beliau seorang yang paling berani menentang Sultan dan mengambil tindakan ke atas Sultan.

“Sudah tentu dalam hal ini, kita perlu sokong usaha melawan monarki ini,” katanya dalam Facebook.

Pulangkan Pingat Kebesaran Selangor: Mahathir Sengaja Sembah Derhaka

PSM dan DAP mempunyai persamaan dari sudut memperjuangkan sosialisme, justeru itu, tidak hairan sayap pemuda kedua-dua parti itu mempunyai persamaan, iaitu bagi PSM dinamakan Sayap Muda Parti Sosialis Malaysia, manakala DAP pula dinamakan Pemuda Sosialis DAP.

Dasar parti yang sama-sama bertunjangkan sosialisme itu menyebabkan PSM dan DAP masing-masing bersimpati kepada Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Disebabkan perkongsian nilai sosialisme itu juga menyebabkan kedua-dua parti itu turut sama-sama menentang sistem pemerintahan di bawah kekuasaan Raja-Raja Melayu.

Sumber: AIDC