Pulangkan Pingat Kebesaran Selangor: Mahathir Sengaja Sembah DerhakaPulangkan Pingat Kebesaran Selangor: Mahathir Sengaja Sembah Derhaka

Pulangkan Pingat Kebesaran Selangor: Mahathir Sengaja Sembah Derhaka

Memulangkan pingat kebesaran bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-72 Sultan Sharafuddin Idris Shah dianggap sembah derhaka yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Siti Hasmah Mohamad Ali.

Ini merupakan sikap bongkak dan angkuh yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir dan isteri terhadap kesultanan Melayu, ulas laman pru14.tv.

“Sikap bongkak dan angkuh Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi rahsia. Beliau dilihat tidak akan sesekali memohon maaf atas kesalahan beliau.

“Mungkin beliau merasakan yang beliau lebih “mulia” dan lebih “pandai” dari manusia lain. Sikap tersebutlah yang menjadi pegangan kaum Yahudi yang sentiasa menindas orang-orang Islam,” ulas laman itu.

Pemulangan pingat kebesaran itu disahkan oleh Pengerusi Biro Strategi dan Dasar PPBM Datuk Rais Hussin.

“Betul,” katanya.

Menurut Rais keputusan memulangkan pingat kebesaran negeri itu dibuat Dr Mahathir atas pertimbangannya sendiri.

Rais bagaimanapun enggan memberi penjelasan muktamad mengenai alasan pemulangan pingat berkenaan. Sebaliknya beliau memilih untuk berkias.

“Sudah gaharu cendana pula…,” katanya memetik sebahagian daripada peribahasa Melayu yang menyatakan mengenai sesuatu hal yang jelas nyata.

Hina Bugis: Sultan Selangor Murka Terhadap Mahathir

Difahamkan dua pingat yang dikembalikan itu diterima daripada Sultan Selangor pada 1978 dan 2003. Ia diserahkan kepada seorang pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis lalu.

Pingat yang dikembalikan Dr Siti Hasmah itu ialah anugerah yang diterimanya daripada Sultan Selangor pada 1983 dan 1994. Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.

Pada awal November lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.

Merujuk kepada ucapan Mahathir ada himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, baginda bertitah tindakan itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

Sultan Sharafuddin juga menyatakan rasa kecewa dan murkanya atas ucapan Mahathir itu yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Mahathir Amat Berbahaya, Bakar Negara Dengan Api Kemarahan - Sultan Selangor

Beliau menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.

Mahathir juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Okt 2003. Beliau menerima penghargaan itu pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Alam Shah di Kelang.

Penganugerahan pingat itu dihadkan hanya kepada 25 orang pada sesuatu masa sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan individu yang terpilih.

“Adakah tindakan Mahathir ini merupakan satu lagi episod “sembah derhaka” pemimpin pembangkang yang diketuai DAP?” soal laman itu.

Sumber: AIDC