Saman RCI Forex, Najib & Kerajaan: Apa Yang Mahathir Cuba Sembunyikan?

Saman RCI Forex, Najib & Kerajaan: Apa Yang Mahathir Cuba Sembunyikan?

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat amat terganggu dengan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) sewaktu pemerintahannya era 1990-an.

Penganalisis politik/blogger, Lim Sian See (LSS) berkata, ianya semakin jelas apabila bekas Perdana Menteri itu kini memfailkan saman pemula di mahkamah bagi mengisytiharkan laporan RCI berkenaan tidak sah.

Dapatan RCI Forex Selaras Dengan Impian DAP?

“Daripada cubaan menggunakan mahkamah untuk mengugurkan beberapa individu didalam RCI, menyaman untuk menghentikan RCI berlangsung, memberi perbandingan bodoh mendakwa BNM ‘rugi’ RM160 bilion (sebuah dakwaan bodoh yang tidak berani disokong oleh Lim Kit Siang, Tony Pua dan Rafizi),

“Kepada menyaman Najib dan suruhanjaya diraja bagi mengisytiharkan laporan itu tidak sah dan kini cuba untuk menyalahkan orang lain termasuk (bekas) timbalan gabenor yang mendedahkan kerugian dan disembunyakan beliau,” ujarnya.

Tambah beliau, keterdesakan Dr Mahathir terhadap kes ini seolah-olah ada sesuatu yang ingin disembunyikan dari khalayak.

“Saya ingatkan nothing2hide? Sekarang dia nak saman bagi menyembunyikan laporan RCI pula,” kata LSS lagi.

Dalam saman pemula itu, Dr Mahathir menamakan panel Suruhanya Siasatan iaitu Pengerusinya Tan Sri Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon; dan Ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan selaku defendan.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Setiausaha Suruhanjaya Siasatan, iaitu Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; menteri Kabinet; dan Kerajaan Malaysia.

mahathir Lim Kit Siang Kini Serang RCI & Pertahankan Orang Yang Beliau Tuduh Selama Berdekad

Rencana Lim Kit Siang Dedah Kecurangan Dr M, Bukan Agenda Najib

Pelbagai skandal diterbitkan pembangkang selama pemerintahan 22 tahun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri termasuk isu Perwaja Steel, skandal Maminco-Makuwasa, Bumiputra Malaysia Finance (BMF), syarikat MAS, kontrak pengeluar tenaga bebas (IPP) dan banyak lagi, kata pemerhati politik, Raja Petra Kamaruddin.

Namun, dakwaan Dr Mahathir terkait dengan skandal forex BNM timbulnya daripada Lim Kit Siang.

“Lim Kit Siang yang selama lebih 20 tahun mendesak siasatan RCI skandal forex Bank Negara dan kini hasratnya tercapai,” katanya.

Ujarnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekadar menunaikan hasrat Lim Kit Siang yang sejak sekian lama mendesak Dr Mahathir disiasat.

“Tetapi kini Mahathir merungut mengenai RCI dan menghentam Najib. Tetapi ianya Kit Siang dan bukan Najib yang menuntut RCI selama 20 tahun. Jadi mengapa hentam Najib bukannya Lim Kit Siang?” soal Raja Petra.

Sumber: Malaysian Digest