Setiausaha Politik Azmin Dalangi Projek Korek Pasir Anak Saudara Menteri Besar Selangor?

Setiausaha Politik Azmin Dalangi Projek Korek Pasir Anak Saudara Menteri Besar Selangor?

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie didakwa mendalangi projek mengorek pasir yang diusahakan oleh anak saudara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sejak dari tahun 2014.

Sebagai orang kanan Azmin, Shuhaimi dikatakan mempunyai pengaruh dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) adalah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor, badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di negeri Selangor.

“Shuhaimi Shafie pegawai khas Azmin Ali Menteri Besar dah ketar lutut?” soal laman ASSU yang merujuk kepada penafian Azmin dalam memberi tender kepada anak saudaranya.

azmin Menteri Besar Selangor Kesal Kes Rasuah Anak Saudara Bocor

Azmin dilapor Malaysiakini menafikan tuduhan bahawa beliau menganugerahkan tender kepada anak saudaranya, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Azmin menjelaskan bahawa semua tender untuk perlombongan pasir di negeri itu dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Inc).

“Pertama dakwaan itu tidak betul. Dasar kerajaan negeri tanah-tanah dimiliki oleh kerajaan negeri, sekiranya ada permohonan untuk aktiviti perlombongan pasir ia akan diuruskan oleh Kumpulan Semester.

“Semua proses tender dijalankan Kumpulan Semester, saya bukan board member (ahli lembaga pengarah) Semesta.

“Saya tidak terlibat dalam sebarang keputusan dan saya yakin pegawai Semesta mempunyai integriti tinggi dalam memastikan proses itu berjalan dengan telus dan terbuka,”katanya kepada wartawan ketika ditemui di Bandar Baru Bangi.

Rumah Anak Saudara Azmin Diserbu SPRM, Wang Tunai RM4 Juta Disita?d

Terdahulu, SPRM dilapor menahan anak saudara Azmin yang berusia 34 tahun dan tiga yang lain atas tuduhan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu di sebuah lokasi di Kajang sejak 2014.

Suspek yang terdiri daripada dua pengarah syarikat perlombongan pasir, seorang pengurus tapak projek dan seorang pekerja agensi pengiklanan, didakwa merasuah pegawai pihak berkuasa tempatan di Kajang untuk tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan yang menyalahi undang-undang itu.

Kesemua lelaki berusia antara 34 tahun dan 67 tahun itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 Disember.

SPRM juga membekukan wang RM4 juta daripada akuan bank milik anak saudara Azmin itu.

Sumber: AIDC