Siapa Dalang Di Sebalik Isu Tanah FELDA Jalan Semarak

Siapa Dalang Di Sebalik Isu Tanah FELDA Jalan Semarak

Terdapat 3 individu yang dikesan mempunyai kaitan dengan isu tanah FELDA di jalan Semarak dan ada juga kes-kes berkaitan FELDA yang lain. Kes ini lebih menjurus kepada projek kronisme Tun Mahathir dan mungkin juga ada unsur mensabotaj nama baik FELDA!

Mereka adalah;
1. Dato Noraini binti Soltan Taib (kakak).
2. Rahman bin Soltan Taib (adik).
3. Zahid Mat Arip – Merupakan ahli jawatankuasa PERKASA dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kedua-dua pemilik syarikat Synergy Promenade, syarikat yang didakwa telah merampas tanah RM270 juta dari FELDA melalui Felda Investment Corp (FIC), ialah Dato Noraini binti Soltan Taib dan adiknya, Rahman bin Soltan Taib.

Pada tahun 1992 semasa Tun Ismail Mohd Ali pengerusi PNB , Dato Noraini Soltan Taib pernah mendapat pembiayaan dan dilatih oleh PNB ketika memulakan perniagaan melalui syarikat plastik bernama Spiro Plastics. Tun Ismail bin Mohd Ali adalah ipar Tun Mahathir (adik beradik Tun Siti Hasmah binti Mohd Ali).

Dato Noraini Soltan Taib juga terkenal sebagai Vendor Proton. Dia sering berperanan sebagai pengerusi penganjur kepada beberapa majlis anjuran Persatuan Vendor Proton (PVA).

Tun Mahathir akrab dengab PVA dan kerap memberikan ucapan didalam majlis persatuan itu. (Rujuk sini)

DS Mukhriz bin Tun Mahathir juga mempunyai pelbagai kaitan dengan Dato Noraini Soltan Taib. (Rujuk sini)

Antara indivudu lain yang mempunyai kaitan dengan isu tanah FELDA ialah Zahid Mat Arip, ahli jawatankuasa PERKASA dan kini merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Zahid Mat Arip adalah pembantu khas Tan Sri Isa semasa perjanjian penyerahan surat wakil kuasa (power of attorney) tanah Semarak dalam tahun 2014 dan sebelum ini beliau pernah di reman oleh SPRM kerana mempunyai peranan dalam kes pembelian sebuah Hotel di Kuching dengan harga yang lebih tinggi oleh Felda Investment Corp.

Oleh itu, parti PRIBUMI (PPBM) yang kini cuba mengaitkan saudara dan adik Soltan kepada pemimpin kerajaan sekarang perlu sedar bahawa hubungan ketiga-tiga individu ini dengan Tun Mahathir, keluarganya dan partinya lebih akrab.

Mereka ada udang disebalik batu!

Oleh Rozmi Mokhtar