sivarasa surendran latheefa eric paulsen ijok Syarikat Guaman PKR Subahat Jual Semula Tanah Kerajaan Selangor RM1.81 Bilion

Syarikat Guaman PKR Subahat Jual Semula Tanah Kerajaan Selangor RM1.81 Bilion

Tetuan Daim & Gamany kepunyaan PKR didakwa telah bersekongkol dengan Menteri  Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menjual balik tanah yang dirampas oleh kerajaan negeri daripada orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Khairudin Abu Hassan.

Khairuddin Abu Hassan pada 2008, menerusi dua syarikatnya, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN  Development Sdn Bhd menerima 2,000 ekar tanah di Ijok bagi pembangunan projek perumahan.

Pengasas NGO Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali dengan gelaran Chegubard berkata, tanah berkenaan dirampas oleh Kerajaan Selangor ketika pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan pelbagai dakwaan  penipuan termasuk bayaran pampasan kepada pemilik asal.

“Malah ada pihak yang turut terperangkap sebagai pembeli kepada projek  bermasalah syarikat berkenaan. Akhirnya ketika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar satu notis rampasan tanah telah dikeluarkan dan syarikat tersebut telah mencabar tindakan kerajaan negeri di mahkamah.

“Kerajaan Negeri telah menang di Mahkamah Tinggi dan kemudian juga di Mahkamah Rayuan jelas tindakan Kerajaan yang ingin menyelesaikan masalah mangsa yang terdiri dari pemilik tanah dan pembeli baru yang terperangkap adalah tindakan  yang betul,” kata Chegubard dipetik blognya.

azmin Tanah Ijok: Kenapa Serah Tanah Peneroka Kepada Syarikat Khairuddin?

Namun setelah Khalid Ibrahim disingkirkan dari jawatan Menteri Besar dan digantikan dengan Azmin, kerajaan negeri menyerahkan kembali tanah tersebut kepada syarikat Khairuddin Abu Hassan dan dijual semula kepada syarikat Paragon Pinnacle Sdn Bhd, anak syarikat pemaju mega, Ecoworld Sdn Bhd dengan nilai RM1.81 bilion.

“Diyakini berlaku rundingan ‘sulit’ menyebabkan kerajaan negeri bersetuju menyerah kalah dengan menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat tersebut. Sebaik selepas itu syarikat itu pula menjual tanah tersebut kepada syarikat pemaju gergasi dengan Ecoworld umumkan nilai RM1.181 billion.

“Dalam keadaan kerajaan negeri boleh menang dan majukan sendiri tanah tersebut secara kerjasama dengan mana-mana pelabur besar, mengapa tiba-tiba Azmin menyerah kalah (dalam keadaan menang). Apa rundinganya? Berapa nilai kick back? Atau Azmin begitu bodoh dan lemah diperdaya pemodal besar serta gagal mempertahankan hak rakyat Selangor?” tegas Chegubard.

Skandal Tanah Ijok: Wang RM756 Juta Masuk Poket Siapa?

Memetik penganalisis politik Lim Sian See, Chegubard berkata, kerajaan negeri  juga meletakkan syarat agar Paragon dan Ecoworld melantik tetuan Daim & Gamany bagi menguruskan perihal guaman berkaitan pembelian dan penjualan tanah berkenaan.

Daim & Gamany adalah syarikat peguam PKR disertai N. Surendran, Latheefa Koya, Eric Paulsen dan Sivarasa Rasiah.

Syarikat Guaman Daim Zainuddin Dilantik Selesai Isu Tanah Ijok?

Chegubard kemudiannya mempersoalkan samaada Azmin selaku Menteri Besar menerima ‘komisyen’ dengan memberi kebenaran menjalankan projek berkenaan, walaupun ramai petani yang dirampas tanahnya tidak mendapat pampasan sewajarnya sungguhpun  sudah 20 tahun kes ini berlarutan.

Katanya lagi, laporan lengkap kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) turut diserahkan beberapa pemimpin Pakatan Harapan, tetapi masih tiada  jawapan.

Sumber: Malaysian Digest