Tiada Unsur & Kes Jenayah dalam 1MDB - Peguam Kanan Amerika Syarikat

Tiada Unsur & Kes Jenayah dalam 1MDB – Peguam Kanan Amerika Syarikat

Peguam dihormati dan berpengalaman di Amerika Syarikat dan sering mengendalikan kes di Mahkamah Agung Amerika Syarikat, Thomas C. Goldstein hari ini memberi penjelasan mengenai tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berkaitan 1MDB.

Beliau yang turut mengajar di institut pengajian berprestij dunia, Universiti Harvard mengenai Litigasi Mahkamah Agung Amerika Syarikat berkata, tiada proses prosiding jenayah sedang dilakukan di Amerika Syarikat malah tiada sesiapa pun dikenalpasti sebagai sasaran pendakwaan jenayah termasuk terhadap mana-mana pegawai kanan kerajaan Malaysia berkaitan kes 1MDB.

“Dan Jabatan Kehakiman langsung tidak mencadangkan dalam mana-mana bahagian tindakan sivil itu yang mereka menyasarkan mana-mana individu tertentu dalam kerajaan, sama ada Perdana Menteri atau mana-mana individu lain dalam 1MDB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri forum mengenai Litigasi Jenayah di Amerika Syarikat di Universiti Teknologi Mara pada Isnin.

Mengenai Thomas C. Goldstein:
Harvard Law School

Sumber: My Nation News