Tunku Aziz Desak Lim Kit Siang Tunjuk Sijil Kelahiran Asal

Tunku Aziz Desak Lim Kit Siang Tunjuk Sijil Kelahiran Asal

Kontroversi di mana tempat lahir dan siapa ibu bapa pemimpin DAP, Lim Kit Siang seakan-akan tiada pengakhiran apabila lebih ramai pihak turut sama mempersoalkan perkara berkenaan yang masih dirahsiakan oleh Lim Kit Siang sendiri sehingga ke hari ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim di media sosial berkata Lim Kit Siang sepatutnya bersikap terbuka dalam isu tempat kelahiran dan jangan memberikan ruang untuk spekulasi dalam isu berkenaan terus kedengaran.

“Beliau (Lim Kit Siang) perlu bersikap terbuka tentang tempat lahirnya dan jangan benarkan spekulasi bodoh dan tidak sihat terus berlaku.

“Beliau perlu menunjukkan surat kelahiran asalnya untuk menjernihkan keadaan,” kata beliau.

Isu di mana tempat asal Lim Kit Siang dilahirkan timbul selepas Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao mempersoalkan di mana sebenarnya Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu dilahirkan kerana tidak ada maklumat yang tepat dan sahih tentang hal itu.

Takkan Lim Kit Siang Sudah Nyanyuk Sampai Tempat Lahir Sendiri Pun Sudah Lupa - Ramesh

Disebabkan isu itu, Lim Kit Siang pernah marah dan berang dengan soalan wartawan di Parlimen bertanyakan perkara yang sama. Beliau enggan menjawabnya sebaliknya memarahi wartawan berkenaan dengan menuduh pengamal media tidak membuat kajian menyeluruh.

Jika diselidik lebih lanjut, ada percanggahan kerana maklumat di internet tidak menyatakan di mana beliau lahir tapi dinyatakan Lim Kit Siang tiba di Tanah Melayu pada tahun 1957. Kemudian, baru muncul tempat lahir Lim Kit Siang iaitu di Batu Pahat tapi tidak ada alamat.

Agak pelik bagi seorang wakil rakyat yang veteran seperti Lim Kit Siang, butiran tempat kelahiran tidak diketahui secara betul termasuk dalam DAP sendiri.

Ramesh dan badan bukan kerajaan NGO pimpinannya pada 15 Ogos lepas menyatakan mereka hairan mengapa Lim Kit Siang masih enggan mendedahkan tempat kelahirannya yang sebenar berikutan terdapat beberapa maklumat mengelirukan.

Keengganan Lim Kit Siang menjawab persoalan tempat kelahirannya secara terbuka dan jujur di samping membuat kenyataan secara bertulis mengenai perkara tersebut juga menimbulkan tanda tanya, kata Ramesh.

“PMSP turut mengesyaki se­suatu apabila mendapati maklumat asal di laman sesawang Wikipedia mengenai asal usul Kit Siang yang dilahirkan di China tiba-tiba disunting tiga hari selepas kami membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

“Apatah lagi saya dimaklumkan oleh veteran-veteran DAP bahawa ibu bapa Kit Siang tidak pernah menjejakkan ka­ki di bumi Malaysia. Jadi, bagaimana beliau dikatakan lahir di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada tarikh berkenaan.

Kini, semakin ramai bertanya dan Lim Kit Siang tetap berdegil dan enggan respon pada persoalan itu biarpun menerima tekanan yang begitu hebat.

Sumber: Pru14.tv