54,000 Ekar Tanah Johor Digadai Kepada Singapura Dengan Nilai RM0.03 Sekaki Persegi

54,000 Ekar Tanah Johor Digadai Kepada Singapura Dengan Nilai RM0.03 Sekaki Persegi

18 kali ganda keluasan tanah tambak projek Forest City telah digadaikan Malaysia kepada Singapura pada tahun 1990 dengan harga RM0.03 sen sekaki persegi – pemeteraian perjanjian empat hari sebelum Lee Kuan Yew melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Singapura.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC) Datuk Eric See-To Choong berkata, tanah berkeluasan 54,000 ekar itu adalah tanah sedia ada yang wujud di  Johor dan jauh lebih luas daripada 3,459 ekar kawasan laut Johor yang ditambak  bagi membangunkan projek Forest City.

mahathir lee kuan yew Kisah Mahathir 'Gadai' Johor Kepada Singapura

Kata Eric, penjualan mega itu dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Lee Kuan Yew pada 24 November 1990 telah mengikat perjanjian pajakan selama 71 tahun dengan bayaran pendahuluan RM710 juta dan kadar sewaan bulanan RM0.03 sen bagi setiap kaki persegi.

Menurut jumlah yang dinyatakan Eric, bayaran tahunan pajakan Singapura kepada Malaysia untuk tanah berkeluasan 54,000 ekar tersebut adalah RM70,567,200.

“Tun Mahathir juga bersetuju dalam perjanjian 1990 itu bahawa pengambilan air oleh Singapura ialah dengan syarat tanpa had dan tidak lagi dihadkan kepada 250  juta gallon (1.14 bilion liter) sehari seperti yang pernah ditulis dalam  perjanjian air Malaysia-Singapura tahun 1962,” kata Eric dipetik kenyataan.

Kawasan bertanda hijau adalah kawasan yang dipajak Malaysia kepada Singapura.

Malaysia menandatangani perjanjian membekalkan air mentah kepada Singapura dengan harga 3 sen bagi setiap 1,000 gallon dan dibenarkan untuk menaikkan kadar selepas 25 tahun.

“Harga pengambilan air sehingga 250 juta gallon sehari yang dibayar oleh negara  Singapura juga kekal pada harga 3 sen untuk 1,000 gallon (4,550 liter) yang ditetapkan pada perjanjian tahun 1962.”

Tambahnya, Dr Mahathir enggan menaikkan kadar caj membekalkan air kepada Singapura pada 1987 sepertimana dibenarkan pada tahun 1962 menyebabkan harga berkenaan kekal 3 sen bagi setiap 4,550 liter air mentah sehingga tahun 2062.

“Berita tentang perjanjian ini disiarkan secara luas dan diraihkan sebagai suatu kejayaan di dalam media Singapura pada masa itu tetapi jarang dimaklumkan di dalam media arus perdana Malaysia sendiri.

“Akibat ini, tidak ramai orang Malaysia yang tahu tentang kewujudan perjanjian tahun 1990 ini,” katanya.

Pelik, Mahathir & Pengikut Serang Semua Projek Yang Mengancam Singapura

Jelas Eric, Dr Mahathir menjual air mentah kepada Singapura pada harga murah  dengan harapan negara berkenaan akan menjual semula air terawat kepada Johor  pada harga rendah, namun sangkaan itu meleset.

“Oleh kerana sangkaan yang tidak menjadi itu, Malaysia tetap mengenakan harga 3 sen sehingga perjanjian ini tamat pada tahun 2062.

“Ini bermakna, Singapura hanya membayar RM7,500 untuk 250 juta gallon air setiap hari – cukup untuk 60% kegunaan harian seluruh Singapura”.

Tambahnya, Malaysia sepatutnya meraih RM55.5 bilion hasil menjual air mentah kepada Singapura dengan kadar baharu, tetapi disebabkan Dr Mahathir enggan menaikkan caj tersebut, sumbangan Singapura kepada Malaysia dalam urusan  pembelian air mentah cuma RM208 juta sepajang tempoh 1987 hingga 2062.

Sumber: Malaysian Digest