Ada Pihak Gelisah Tol Mansuh Di Selangor

Ada Pihak Gelisah Tol Mansuh Di Selangor

Sedar tak sedar rupa-rupanya penulis yang bertugas di Shah Alam sejak Januari tahun lalu sudah jimat RM4.40 kerana tidak lagi perlu membayar tol Batu Tiga yang menjadi seperti punch card wajib sebelum ini.

Jumlah RM4.40 tersebut mungkin kelihatan kecil pada sesetengah pihak tetapi sebenarnya, sepanjang tahun lalu, penulis yang menetap di Bangi telah membe­lanjakan RM1,606 hanya untuk tol Batu Tiga sahaja dan ia satu jumlah yang agak besar.

Pastinya bagi penulis yang berpendapatan sederhana ini, penjimatan sejumlah RM1,606 untuk tempoh setahun amat besar maknanya, apatah lagi manfaat itu dapat dirasai secara langsung ketika mana kos sara hidup me­ningkat terutamanya di Lembah Klang.

Itu baru penjimatan untuk satu tol, tetapi di Selangor, selain tol Batu Tiga, tol Sungai Rasau turut dimansuhkan secara serentak bersama-sama dengan tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan tol Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) di Johor.

Di Selangor, pemansuhan tol Batu Tiga serta tol Sungai Rasau memberi manfaat kepada kira-kira 270,000 penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang yang mana, dalam tempoh sehari sahaja, sebanyak RM1.134 juta dapat dijimatkan melalui langkah itu.

Pada masa yang sama, langkah prihatin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan pemansuhan tol tersebut semasa pembentangan Bajet 2018 dapat menyelamatkan RM34.02 juta per­belanjaan penduduk Shah Alam dan Klang bagi tempoh sebulan.

Ia satu jumlah yang cukup besar dan wajarlah mengapa terpancar jelas wajah kelegaan dalam kalangan pengguna Lebuh Raya Persekutuan yang melalui tol Batu Tiga dan Sungai Rasau ketika detik-detik akhir operasi tol ditamatkan pada tengah malam 31 Disember lalu.

Ironinya, keputusan yang menguntungkan rakyat Selangor itu dibuat ketika pembangkang sendiri yang kini berkuasa di negeri tersebut menaburkan pelbagai janji kononnya mahu menghapuskan tol tetapi tiada satu pun tol yang dihapuskan oleh mereka.

Langkah Perdana Men­­teri itu, walaupun menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM2.04 bilion kepada Plus Malaysia Berhad (PLUS) memandangkan tempoh konsesi masih berbaki 20 tahun menyedarkan rakyat Selangor, beza antara janji populis dan pencapaian diutamakan.

Maka, sebab itu dapat difahami mengapa wujudnya kegelisahan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan di Selangor, bahawa faktor feel good yang kini dirasai kira-kira 270,000 penduduk tersebut bakal menggugat kedudukan mereka khususnya di Shah Alam.

Ini kerana, penduduk bukan sahaja sedar tetapi nampak dan tahu bahawa usaha bagi memastikan tol Batu Tiga dimansuhkan khasnya sudah diperjuangkan UMNO Bahagian Shah Alam bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak 11 Jun 2011 lagi.

mahathir Hipokrit! Dulu Janji Nak Hapus Tol, Sekarang Sokong 'Bapa Segala Tol'

Dalam erti kata lain, pemansuhan kedua-dua tol tersebut adalah hasil sentuhan UMNO dan dijayakan oleh pemimpin tertinggi UMNO, ketika mana pihak yang digelar ‘Bapa Segala Tol’ kini dijulang dan didukung Pakatan Harapan termasuk di Selangor.