lim guan eng ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu Pembelot DAP

ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu Pembelot DAP

DAP Pulau Pinang kini menggelar ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu sebagai pembelot parti.

Sekian lama sebagai ahli DAP kini didapati bersalah belot kepada parti setelah BERSALAH atas jenayah yang kejam dan keji:

1) Berani menyuruh DAP menunaikan janji semasa PRU tahun 2008 untuk menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri selama dua penggal – BERSALAH

2) Membantah pembersihan kawasan lereng bukit di Pulau Pinang – BERSALAH.

3) Mengkritik Kerajaan Negeri atas kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 11 orang – BERSALAH.

teh yee cheu ADUN Tanjung Bungah Mahu Tinggalkan DAP

Terbukti sebagai pembelot dengan jenayah kerana berani membantah bagi pihak rakyat menentang parti dan Tokong. Jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

Beliau tidak boleh diampun. Begitu juga dengan pembantunya tidak terkecuali dan mesti dipecat serta merta sebelum Tahun Baru Cina.

Biar ini menjadi pengajaran kepada semua ahli DAP yang ada kini supaya jangan melakukan jenayah seperti tersebut.

Oleh Lim Sian See