lim guan eng lim kit siang Anak Karpal Singh Pertikai Calonkan Mahathir Jadi PM

Anak Karpal Singh Pertikai Calonkan Mahathir Jadi PM

Keputusan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri akan membawa kepada kelahiran semula “Mahathirisme”, kata anak bekas pemimpin DAP.

Anak perempuan mendiang Karpal Singh berkata ia juga menunjukkan Pakatan Harapan ketandusan calon dan kekurangan strategi, lapor Free Malaysia Today.

mahathir Jika Karpal Singh Masih Hidup, Pasti Beliau Minta Lim Kit Siang Bertaubat

“Dia (Dr Mahathir) akan menjadi perdana menteri sekali lagi dan memperkenalkan semula kelahiran Mahathirisme.

“Walaupun ia mungkin satu tindakan terdesak seperti gabungan kita dengan PAS satu ketika dahulu, adakah kita terbuka untuk bekerja dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak satu hari nanti sekiranya keadaan terdesak,” kata Sangeet Kaur Deo.

Katanya kerjasama dengan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu demi memastikan perubahan berlaku tidak boleh diguna pakai.

mahathir Memang Lim Kit Siang Mahu Jadi Perdana Menteri - Tunku Aziz

Malah permohonan maaf mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kesalahan lain tidak dilakukan dengan sepenuh hati, katanya.

Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara-Selatan pada 17 April 2014.

Ahli Parlimen Jelutong itu pernah ditahan ISA pada 1987 semasa Operasi Lalang, merupakan antara individu paling lantang mengkritik Dr Mahathir ketika 22 tahun memerintah negara.

Sumber: MMO