Apa Nak Hairan, Wartawan 'Top-End' Pembangkang Pun Ada Hartanah Di London

Apa Nak Hairan, Wartawan ‘Top-End’ Pembangkang Pun Ada Hartanah Di London

Tiada yang luar biasa berhubung keputusan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin membeli projek fasa 2 pembangunan semula hartanah Stesen Janakuasa Battersea di London pada harga £1.61 bilion (RM8.8 bilion).

Pelan rancangan pembangunan semula Stesen Janakuasa Battersea di London.

Wartawan veteran dan blogger, Datuk Ahirudin Attan berkata, ramai rakyat Malaysia dari pelbagai pangkat dan darjat juga memiliki hartanah sekitar London.

“Rakyat Malaysia membeli hartanah di London bukanlah sesuatu yang meraih perhatian pada masa ini. Keturunan diraja, ahli politik (termasuk ahli politik pembangkang, ahli perniagaan (termasuk pro-pembangkang), dan malah wartawan ‘top end, (termasuklah, er, tak mengapalah) – memiliki hartanah di dan dan sekitar London,” ujarnya dipetik blognya.

Menurut Utusan Malaysia, PNB dan KWSP kedua-duanya dilaporkan telah memeterai terma perjanjian dengan Battersea Phase 2 Holding Company iaitu anak syarikat milik penuh Battersea Project Holding Co. Ltd. yang mana dimiliki seimbang oleh SP Setia Berhad dan Sime Darby Property Berhad sebanyak 40% manakala bakinya dimiliki oleh KWSP.

Aset komersial berkenaan akan dijual kepada syarikat usahasama yang akan ditubuhkan oleh PNB dan KWSP.

Kerajaan Tidak Campur Tangan Dalam Rancangan Beli Aset Fasa 2 Battersea

“Setelah selesai sepenuhnya, urus niaga ini adalah sejajar dengan pelan perniagaan kami kerana ia akan meningkatkan pulangan pelaburan sekali gus membolehkan SP Setia memanfaatkan peluang sebagai pemaju hartanah di samping terus memainkan peranan penting dalam keseluruhan pembangunan projek.

“Urus niaga yang dirancang ini juga menunjukkan komitmen secara langsung oleh pemegang saham institusi utama dalam pembangunan projek Battersea Power Station,” lapor Utusan memetik kenyataan dikeluarkan SP Setia.

Menjelaskan dengan lanjut, Ahirudin berkata perjanjian projek Battersea 2 bukanlah perjanjian biasa ekoran ianya adalah perjajian hartanah terbesar di United Kingdom.

“Ianya bukti dua institusi Malaysia itu (PNB dan KWSP) dalam keadaan yang sihat, dan lebih penting, pendekatan pelaburan berani mereka. Seperti yang PNB katakan, perjanjian tersebut adalah portfolio strategi jangka panjang mempelbagaikan dan melebarkan aset global dengan bijak,” katanya.

Apple Penyewa terbesar di Battersea Power Station Milik Malaysia

Tambah beliau, sebagai penyumbang kepada kedua-dua KWSP dan PNB, beliau merasakan bangga dan teruja di atas keputusan pelaburan terbaru ini.

“Pemerintah lama bekerja keras untuk mencipta keraguan dan persepsi negatif berhubung urusniaga ini. Tetapi mereka terpaksa membidas bukan sahaja pemain industri Malaysia tetapi juga pihak berkuasa UK yang mendalangi urusan ini juga.

“Dan jika (syarikat) Apple juga menggunakan mercu tanda Battersea sebagai ibu pejabat mereka, siapa mereka (pembangkang) ingin katakan Battersea adalah pilihan buruk untuk pelaburan?” kata Ahidruddin merujuk kepada pengumuman Apple London untuk membuka ibu pejabatnya di Battersea pada 2021.

Sumber: Malaysian Digest