Arab Saudi 'Tiru' Model Ekonomi Malaysia, Jadikan Venezuela Sebagai Pengajaran

Arab Saudi ‘Tiru’ Model Ekonomi Malaysia, Jadikan Venezuela Sebagai Pengajaran

Apa guna minyak murah tetapi ekonomi malar tanpa pertumbuhan sehingga menyebabkan wujudnya pasaran gelap bagi membekalkan barangan keperluan dengan harga tinggi sepertimana berlaku di Venezuela.

Utusan Malaysia melaporkan, di atas sebab itulah, Arab Saudi kini meneladani Malaysia dengan menaikkan harga minyak, agihan tunai seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 Januari baru-baru ini.

Turut sama mengikut langkah melaksanakan GST adalah Bahrain, Kuwait, Oman dan Qatar.

Seperti Venezuela, Arab Saudi juga dilimpahi dengan sumber minyak yang tinggi di mana sebelum ini 90% pendapatan negara berkenaan dijana daripada hasil minyak.

Namun berikutan kejatuhan harga minyak serta ketidaktentuan pasaran, sumber pendapatan Arab Saudi semakin terjejas lantas memerlukan pengganti kepada sumber yang ‘hilang’ tersebut.

Langkah ini disambut baik oleh rakyatnya yang sedar akan keperluan menjana pendapatan tambahan dan kurang bergantung kepada subsidi dan tidak ingin menjadi seperti Venezuela yang menjual minyak pada kadar RM0.04 tetapi kadar pengangguran tinggi sehingga 12% bersamaan 2.4 juta daripada 7.3 juta rakyatnya.

Venezuela Perlukan Rafizi & Dasar Ekonomi Pakatan Harapan

Rating Malaysia, semenjak melakukan transformasi ekonomi telah dinaikkan sebanyak tiga kali oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Dan semenjak model sama dilakukan oleh Arab Saudi, IMF menjangkakan pertumbuhan ekonomi Arab Saudi meningkat 0.4%

Lapor Utusan, cuma pembangkang di Malaysia sahaja mereka cerita karut mengenai ekonomi Malaysia dengan menyatakan negara diambang muflis dan mengaitkannya dengan pembiayaan negara China untuk membina projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Dakwa pembangkang, Malaysia juga akan terjerumus ke dalam perangkap hutang seperti Sri Lanka di mana nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setinggi 86.9%, jauh berbanding Malaysia cuma 50.9%.

Pinjam China RM155 Bilion: Malaysia Bakal Jadi Negara Hutang Seperti Sri Lanka?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kos projek ECRL sebanyak RM55 bilion itu tidak terlalu tinggi jika bayaran dibuat secara ansuran selama 20 tahun dan mengambil kira saiz ekonomi Malaysia sebanyak RM1.3 trilion sekarang.

Kalau ekonomi Malaysia akan menjadi seperti Sri Lanka, buat apa negara-negara seperti Arab Saudi hendak meniru sistem ekonomi Malaysia?

Pembangkang di Asia Barat pun tidak mahu meniru demonstrasi yang dibuat pembangkang di Malaysia, sebaliknya kerajaan di negara-negara Arab mahu meniru model ekonomi Malaysia yang terbukti berada di landasan betul.

Sumber: Malaysian Digest