Azmin 'Baik Sangat', Murah Hati Serah Parlimen Gombak Kepada Mahathir

Azmin ‘Baik Sangat’, Murah Hati Serah Parlimen Gombak Kepada Mahathir

Sikap ‘pemurah’ Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menawarkan kerusi parlimen Gombak untuk ditandingi Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad amat dipuji.

BR1M: Mahathir & Azmin Amnesia Atau Kebodohan

Ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Dr Norvandri Hassan Basri berkata, namun hakikatnya Azmin membuat tawaran berkenaan berikutan menyedari akan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika Menteri Besar Selangor itu terus bertanding di kawasan berkenaan.

“Beliau tahu kerusi parlimen Gombak bukan kerusi selamat untuk beliau. Beliau tahu kemenangan beliau pada PRU12 dan PRU13 adalah hasil sokongan penyokong PAS dan dibantu oleh pemimpin serta jentera PAS,” katanya dipetik penulisannya disiarkan portal berita.

Untuk rekod, Parlimen Gombak merangkumi tiga Dewan Undangan Negeri, di mana dua daripadanya diwakili oleh PAS yang sudah memutuskan hubungan dengan PKR serta seluruh parti komponen Pakatan Harapan.

DUN Hulu Kelang dan DUN Gombak Setia diwakili Saari Sungib dan Hasbullah Ridzwan daripada PAS sementara Azmin mewakili DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak.

Parlimen Gombak diwakili Azmin sejak PRU12.

Azmin Amat Berang Dengan Rafizi

Kata Dr Norandri, kerusi berkenaan bukan lagi kerusi selamat kepada Azmin akibat ‘penceraian’ PKR dan PAS lantas beliau memerlukan strategi baharu untuk kekal berkuasa sebagai Menteri Besar, jika Pakatan Harapan kekal pemerintahan di Selangor.

“Persoalan besar, apakah sikap ‘murah hati’ Azmin kepada Mahathir ini hanya sekadar alasan untuk beliau ‘lari’ ke kerusi parlimen dan DUN yang lain?” soalnya.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Azmin menyatakan hasrat untuk bertanding di Shah Alam, kerusi yang kini disandang oleh wakil Parti Amanah Negara (PAN) Abdul Khalid Samad.

Keputusan berkenaan diumumkan Azmin selaku Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya (JPR) Pakatan Harapan (PH) Negeri Selangor, awal bulan ini.

Walaubagaimanapun, Khalid yang menang kerusi berkenaan di atas tiket PAS sebelum bertindak meninggalkan parti dan menyertai PAN menyatakan tidak membenarkan Parlimen Shah Alam diserahkan kepada Azmin.

Sekat Peruntukan: Usaha Terakhir Azmin Peras Ugut PAS Selangor?

Turut mengulas kedudukan Azmin di Gombak, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Azmin sukar untuk mempertahankan kerusi berkenaan berikutan pertembungan tiga penjuru di kawasan berkenaan pada PRU akan datang.

“Saya tak tahu apa matlamat tersirat Azmin lepas kerusi Gombak, cuma saya boleh sebut bahawa kerusi Gombak tidak selamat bagi PKR.

“Bila dia sendiri tidak selamat, saya yakin Dr Mahathir lagi tidak selamat sebab pengundi Gombak ini pengundi bandar yang melalui reformasi zaman Dr Mahathir. Mereka nampak apa yang berlaku,” katanya.

Kata Zuhdi lagi, Dr Mahathir juga tidak mempunyai masa depan cerah sekiranya menerima tawaran Azmin untuk bertanding di Gombak.

“Saya tidak tahu apa matlamat sebenarnya tapi langkah itu akan menggagalkan Dr Mahathir jadi perdana menteri,” katanya.

Dr Mahathir dalam pada itu mengumumkan tiga kawasan yang kemungkinan besar akan ditandinginya pada PRU14 akan datang bagi membolehkan dirinya diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya BN berjaya digulingkan.

Kerusi berkenaan adalah Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.

Sumber: Malaysian Digest