Azmin Bertindak Balas Terhadap PAS Kerana Kecewa Rundingan Pintu Belakang Gagal - Ilham Center

Azmin Bertindak Balas Terhadap PAS Kerana Kecewa Rundingan Pintu Belakang Gagal – Ilham Center

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mula bertindak balas terhadap PAS kerana kecewa rundingan melalui pintu belakang antara PKR dengan parti Islam itu berakhir dengan kegagalan.

Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisommudin Bakar dilaporkan berkata, beliau mendapat maklumat yang Azmin telah menghantar wakilnya untuk membuat perundingan dengan wakil Presiden PAS untuk kali terakhir.

Namun, usaha itu menemui kegagalan apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat keputusan untuk menutup pintu kerjasamanya dengan PKR, lapor The Malaysian Insight.

hadi awang azmin wan azizah Akar Umbi PAS Tidak Teruja Dengan Perang Psikologi PKR

“Saya diberitahu, wakil Presiden PAS itu memberitahu wakil Azmin, bukan saja pintu sudah ditutup bahkan, sudah dimangga dan anak kuncinya dilempar ke laut Marang,” kata Hisommudin kepada portal itu.

Wakil Azmin juga dilaporkan telah menjalankan rundingan secara pintu belakang untuk membolehkan ADUN-ADUN PAS Selangor yang tidak sehaluan dengan PAS Pusat bertanding atas tiket PKR.

Namun, ia juga menemui kegagalan dan ia sengaja diperbesarkan di media untuk memberi tekanan kepada PAS.

Susulan itu, Azmin telah bertindak balas dengan menyekat peruntukan kerajaan negeri kepada wakil rakyat PAS di Selangor dan turut menyingkirkan seorang ahli majlis dalam sebuah kerajaan tempatan.

Selain itu, Azmin turut menyekat permohonan PAS Selangor untuk menggunakan premis kerajaan negeri bagi program parti.

azmin Peruntukan Wakil Rakyat PAS Selangor Disekat?

Ia melibatkan pembatalkan tempahan Stadium Tertutup Kuala Selangor yang ingin digunakan oleh PAS untuk mengadakan program Pelancaran Jentera PAS Selangor atau Fastaqim 2.4.

Mengulas perkembangan itu, Hisommudin berkata beliau sangat bersetuju dengan tindakan kerajaan Selangor, dan menyifatkannya sebagai langkah yang sangat baik.

“Saya setuju dengan tindakan Menteri Besar Azmin sebagaimana yang diberitakan menyekat peruntukan untuk ADUN PAS dan menyekat premis kerajaan Selangor digunakan untuk program PAS.

“Bagi saya, ini exit plan (pelan jalan keluar) yang baik dalam hubungan dengan PAS selepas parti itu sudah menutup rapat pintu kerjasama,” katanya.

Sumber: AIDC