Azmin Licik Bermain Politik, Terutama Taktik Mengalihkan Isu

Azmin Licik Bermain Politik, Terutama Taktik Mengalihkan Isu

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dianggap seorang yang licik bermain politik, terutamanya dalam taktik mengalihkan isu.

Ketika PKR dan Pakatan Harapan mewar-warkan isu 10 ADUN PAS bakal melompat parti, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berdiam diri seolah-olah merestui psywar itu berterusan.

Adakah Azmin Ali Seorang Menteri Besar Yang Bermoral? - Khalid Ibrahim

Namun, apabila Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad ‘mengkafirkan mufti’ ketika berucap di perhimpunan agung pertama parti itu, Azmin cepat-cepat menulis di Twitter ‘membela mufti’ yang boleh disifatkan membidas kenyataan bekas Perdana Menteri itu.

“Lain strategi orang bijak…dia (Azmin) buat kenyataan selepas Tun M mempertikaikan Mufti ketika perhimpunan Agung PPBM..tapi bila ditanya..dia kata …dia merujuk kenyataan itu kepada adiknya…ni la namanya orang bijak…bukan mensampahkan orang di depan khalayak ramai…,” kata bekas aktivis PPBM, Hamizura Osman dalam Facebook.

azmin PKR Mula U-Turn, Mahu Kembali Semula Ke Pangkuan Pakatan Harapan

Hamizura berkata demikian ketika mengulas kenyataan Azmin yang menafikan Twitter itu ditulis untuk mengkritik Dr Mahathir, sebaliknya dia mendakwa ditujukan kepada adiknya, Azwan Ali.

Azmin dilihat bijak mengaut keuntungan politik; membiarkan media massa menafsirkan tulisan di Twitternya untuk membelasah Dr Mahathir bagi mengambil hati pemimpin dan penyokong PAS.

Namun, Azmin tidak sanggup kehilangan sokongan Dr Mahathir dan PH dengan mengalihkan tulisan Twitternya itu kepada adiknya sendiri, Azwan yang sebelum ini dianggap bukan ancaman terhadap karier politiknya.