Bayaran Balik Pinjaman MARA Naik RM700 Mulai Bulan Depan? Ini Jawapan MARA

Bayaran Balik Pinjaman MARA Naik RM700 Mulai Bulan Depan? Ini Jawapan MARA

Kecoh di media sosial awal minggu ini selepas Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuat naik pengakuan seorang peminjam pendidikan MARA yang diarahkan untuk membayar balik pinjaman sebanyak RM700 sebulan bermula Februari 2018 berbanding RM100 sebelum ini.

Tweet Syed Saddiq dengan hashtag ‘#SayaAnakMara’ itu disusuli pula dengan pendedahan jaduan bayaran balik di mana pelajar tersebut perlu membayar RM700 sebagai bayaran ansuran selama tiga tahun sebelum dinaikkan secara berperingkat untuk melunaskan pinjaman hampir RM500,000.

Beliau turut ‘retweet’ banyak lagi pengakuan pengguna twitter yang menyatakan masalah sama.

Berikutan kecelaruan maklumat, MARA kemudiannya mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan telah meningkatkan bayaran balik pinjaman pelajaran kepada RM700 dan bayaran ansuran RM100 masih kekal.

Menurut kenyataan dikeluarkan, jadual pembayaran balik yang membuatkan ramai peminjam merungut adalah kadar balik sebelum diberi nilai pengurangan.

“Untuk makluman, serama 3,514 orang pelajar yag baru tamat pengajian telah menerima jadual bayaran balik pinjaman sebelum diberi pengurangan,di mana pelajar perlu memohon untuk mendapat keistimewaan ini.

“Oleh yang demikian, jadual bayaran balik selepas pengurangan akan dikeluarkan setelah pelajar-pelajar memohon pengurangan bayaran balik dengan memuat naik  transkrip secara atas talian melalui pautan e-Baki di portal MARA,” jelas kenyataan tersebut.

Kenaikan 200% Yuran IPTA September Ini Tidak Benar

Kata MARA, pihaknya sentiasa berusaha untuk meringankan bebanan bayaran balik peminjam.

“Sebagai contoh, jumlah pembiayaan penuh bagi seorang pelajar perubatan adalah sebanyak RM1,000,000 dan selepas pengurangan, pelajar hanya perlu membayar balik RM150,000 sahaja.”

Justeru MARA menggesa agar graduan peminjam menguhubungi MARA secara terus bagi mendapatkan maklumat tepat.

Isu bayaran balik pinjaman MARA dicetuskan oleh Syed Saddiq turut mendapat perhatian Ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Tun Faisal Ismail Aziz.

Katanya, Syed Saddiq selaku graduan daripada universiti berprestij di Malaysia wajar menunjukkan sikap lebih cerdik daripada mencetuskan fitnah di media sosial.

“Nak dapat maklumat telefon je la MARA dan tanya. Ada ke tanya kat media sosial. Patutlah Oxford pun tak nak Syed Saddiq ni,” kata Tun Faisal dipetik twitternya.

Sumber: Malaysian Digest