mahathir Beberapa Pembangunan Sebelum Ini Bawa Beban Tidak Perlu, Kroni Kapitalis Raih Kekayaan

Beberapa Pembangunan Sebelum Ini Bawa Beban Tidak Perlu, Kroni Kapitalis Raih Kekayaan

Beberapa program pembangunan negara di bawah bekas seorang pemimpin sebelum ini membawa beban yang tidak perlu kepada rakyat dalam bentuk sekumpulan kroni kapitalis meraih kekayaan daripadanya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucaptamanya pada Invest Malaysia 2018 di sini hari ini, perdana menteri berkata kerajaan berikrar yang perkara ini akan dihentikan dan ia mengambil iktibar daripada kesilapan lampau dalam merancang transformasi ekonomi Malaysia, sambil mendepani banyak isu legasi sepanjang usaha itu.s

Mengambil contoh pengangkutan awam, beliau berkata perkara itu telah diabaikan berdekad lamanya menyebabkan ia menjadi tidak keruan, dengan pemilik dan sistem yang berbeza, dan sudah tentunya tidak ada integrasi.

Keempat-empat projek pengangkutan awam utama Kuala Lumpur yang dimulakan oleh Mahathir akhirnya menjadi muflis.

“Ketaksuban seseorang terhadap idea untuk menghasilkan kereta nasional – yang kini cuba dipulihkan di bawah pemilikan bersama antarabangsa – menjadikan Malaysia ketinggalan dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang efisien.

“Ini merupakan halangan serius terhadap cita-cita kita untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan bagi Kuala Lumpur menjadi ibu kota bertaraf dunia. Oleh itu kita telah mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan dan menyatakan bahawa pengangkutan awam menjadi keutamaan penting bagi kerajaan,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Merujuk kepada konsesi Janakuasa Bebas yang ditandatangani kerajaan ketika itu, Najib berkata ia begitu berat sebelah sehinggakan pengguna terpaksa membayar harga tinggi daripada yang sepatutnya untuk bekalan tenaga, malah untuk bekalan tenaga yang mereka tidak guna.

“Ini amat membebankan rakyat, oleh itu kerajaan berunding semula terhadap konsesi ini – dengan tekad pada masa depan, kita tidak akan membenarkan syarikat-syarikat persendirian meraih keuntungan berlebihan yang menjejaskan rakyat,” kata perdana menteri.

Ringgit pula ditambat dengan dollar Amerika bagi tempoh yang terlalu lama sehinggakan pelabur dan pasaran global hilang keyakinan terhadap negara ini.

Kenapa Malaysia Tidak Tambat Ringgit Seperti Tahun 1998

“Dan kita mengambil masa yang lama juga untuk mengembalikan keyakinan itu. Ini juga amat menjejaskan negara,” kata Najib sambil menegaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya tidak akan mengulangi langkah itu.

Perdana menteri turut menjelaskan mengenai apa yang disifatkannya pakatan kempen untuk mensabotaj ekonomi Malaysia bagi kepentingan politik pihak tertentu.

Najib berkata kewibawaan institusi milik negara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dicabar dengan begitu kuat dan dijadikan senjata untuk membuktikan kononnya ekonomi Malaysia mengalami keruntuhan.

najib Saya Tarik Pelabur Masuk Malaysia, Pembangkang Halau Pelabur Keluar

“Saya tidak mengetepikan isu ini begitu sahaja. Memang ada kegagalan dalam syarikat ini, kelemahan tadbir urus. Memang ada asas yang menimbulkan kebimbangan.

“Disebabkan itu saya telah mengarahkan siasatan yang paling komprehensif dan terperinci dilakukan dalam sejarah korporat Malaysia, siasatan yang melibatkan pelbagai pihak berkuasa termasuk jawatankuasa parlimen dianggotai parti kerajaan dan pembangkang.

“Dapatan siasatan mereka turut diambil kira – lembaga pengarah syarikat dibubar, pasukan pengurusannya ditukar dan operasinya dikaji semula,” katanya.

Najib menarik perhatian bahawa 1MDB telah menyusun semula asetnya, dan dengan hasil itu, ia mengambil pendekatan agresif untuk mengurangkan hutang kepada tahap paling rendah.

“Syarikat itu menumpukan kepada usahanya bagi memastikan dua aset yang paling berharga – Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange – kekal sebagai cadangan pelaburan yang menarik kepada pemegang saham dan pelabur,” kata Najib.

Beliau turut membidas mereka yang mendakwa kononnya Malaysia menjual kedaulatan negara melalui langkah menarik pelaburan langsung asing dari China.

“Saya tahu audien yang cukup berpengetahuan dan berpendidikan tinggi di sini hari ini faham benar mengenai dakwaan yang tidak berasas ini. Kerajaan saya tidak akan sekali-kali mengorbankan walaupun seinci kedulatan negara kita,” katanya.

Mahathir Dalam Bukunya Menasihati Rakyat Malaysia, Jangan Takut Dengan China

Najib menegaskan lagi dengan berkata “mungkin saya juga mengambil peluang ini untuk mengingatkan anda bahawa sementara kita mempunyai saham FDI sebanyak RM63 billion dari China dan Hong Kong, kita mempunyai lebih lagi – malah RM70 billion – dari Jepun. Dan anda tidak dengar pula sesiapa yang memberi amaran yang kita menjual negara ini kepada Jepun.

“Sudah tentu tidak. Mereka dialukan datang. Begitu juga para pelabur dari Afrika, America, China, Kesatuan Eropah, India, Arab Saudi dan negara lain dari seluruh dunia.”