Cakap Besar PAN Tidak Sepadan Dengan Jumlah Kerusi

Cakap Besar PAN Tidak Sepadan Dengan Jumlah Kerusi

“Kita akan menang semua, dapat kerusi gred A, kata AMANAH selepas dapat kerusi paling sikit”, inilah tajuk laporan portal berita Malaysia Dateline tulisan Arif Atan pada 7 Januari 2018 bila AMANAH diumumkan hanya diberikan 27 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia pada hari itu. Laporan portal berita ini memetik Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, sebagai berkata beliau “yakin akan memenangi kesemua 27 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada AMANAH pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti” selain memetik Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, sebagai berkata “kerusi yang AMANAH dapat adalah kerusi yang berpotensi tinggi boleh menang”.

Apabila PAN Yang Sokong Pengharaman Pesta Arak, Mereka Kata Progresif, Tidak Taliban

Alih-alih semalam, 23 Januari 2018, portal berita The Malaysian Insight, dalam laporan yang ditulis oleh Zulkifli Sulong, memetik “sumber AMANAH” sebagai memaklumkan bahawa “mereka hampir selesai mengkaji kesemua 27 kerusi Parlimen yang akan ditandingi AMANAH” di mana “daripada 27 kerusi yang diperolehi AMANAH, mereka meletakkan 6 kerusi di gred A, 16 di gred B manakala 5 kerusi di gred C dan D”.

Ke mana perginya kata-kata Presiden AMANAH dan Pengarah Komunikasi AMANAH sebelum ini bahawa AMANAH yakin akan memenangi kesemua 27 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepadanya kerana kesemua 27 kerusi Parlimen ini adalah “kerusi gred A”?

Diketepikan Kerusi Parlimen, Kesedihan Selubungi Perjumpaan PAN Wilayah Persekutuan

Kenapa sekarang, setelah dua minggu agihan kerusi ini diumumkan, baru disebut bahawa sebenarnya bukan kesemua 27 kerusi Parlimen AMANAH ini adalah “kerusi gred A”, tetapi hanya 6 kerusi sahaja “kerusi gred A” manakala 21 kerusi lagi “kerusi gred B, C dan D”?

Inilah bahananya bila lebih lajak dari laju bila bercakap sehingga belum apa-apa lagi pemimpin tertinggi AMANAH sudah terpaksa menelan kata-kata sendiri pula.

Jangan nanti selepas ini bilangan 6 kerusi yang dikategorikan sebagai “kerusi gred A” ini juga akan bertukar menjadi “kerusi gred B, C dan D” sudahlah.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).