CRCC Nafi Jadi Pemegang Saham Atau Pemaju Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

CRCC Nafi Jadi Pemegang Saham Atau Pemaju Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

China Railway Construction Corporation (CRCC) Malaysia menafikan menjadi pemaju atau pemegang saham syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan untuk projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Pengurus Besarnya Sun Ming memberitahu portal berita laksou.com bahawa CRCC Malaysia hanya bertanggungjawab untuk pembinaan projek itu.

“Kami tidak mengambil bahagian (dalam sebarang perkara selain pembinaan). Kami hanya bertanggungjawab terhadap pembinaan tetapi sehingga kini (projek) belum bermula,” katanya dipetik sebagai berkata.

CRCC Dakwa Kos Kajian RM88 Juta Saja Tapi Kerajaan DAP Pulau Pinang Bayar RM208 Juta?

Penjelasan CCRC telah mendorong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong untuk menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk menerangkan peranan syarikat itu dalam projek mega RM6.3 bilion tersebut.

Projek ini terdiri daripada terowong dasar laut dan tiga jalan raya untuk menghubungkan Gurney Drive di pulau itu ke Bagan Ajam di utara Butterworth.

Menurut laksou.com, kerajaan Pulau Pinang telah menyatakan dalam Buletin Mutiara keluaran 4 Mac 2013 bahawa CRCC dan Zenith Construction bersama-sama memiliki 70% saham dalam projek itu.

Para pemegang saham lain ialah Beijing Urban Construction Group (BUCG), Juteras Sdn Bhd dan Sri Tinggi Sdn Bhd, masing-masing memegang 10% kepentingan. Syarikat-syarikat ini bersama membentuk SPV untuk melaksanakan projek itu.

Kerajaan DAP Pulau Pinang Perlu Jelaskan Lebihan Bayaran Yuran Rundingan RM136.4 Juta

Pada hari Jumaat, Dr Wee Ka Siong telah bertanya sama ada kerajaan Pulau Pinang boleh mengemukakan bukti untuk menyokong kenyataannya bahawa CRCC adalah pemegang saham dalam SPV.

Didesak oleh laksou.com, Sun Ming berkata: “Saya telah menegaskan perkara utama. Tidak, tidak pernah. Ini apa yang saya tahu.”

Sun Ming juga memberitahu portal itu bahawa beliau tidak lagi bertanggungjawab terhadap projek itu, sambil menambah bahawa beliau telah bersara tahun lepas tetapi tetap mengawasi projek lain.

Sumber: The Star