DAP Sokong Mahathir Sebagai Perdana Menteri - Lim Guan Eng

DAP Sokong Mahathir Sebagai Perdana Menteri – Lim Guan Eng

Majoriti pemimpin DAP menyokong pilihan Pakatan Harapan yang meletakkan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya memenangi PRU14 nanti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sebagai parti demokratik, setiap ahli parti itu berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing terhadap keputusan tersebut.

Dengan Bantuan Mahathir, DAP Yakin Dapat Tawan Putrajaya PRU14

“Pemimpin DAP menyokong keputusan ini dan walaupun ada perbezaan pendapat, ia segelintir sahaja. Bukan menyeluruh.

“Namun pada akhir nanti, ia adalah sokongan majoriti pemimpin DAP (terhadap pilihan tersebut). Ada yang tidak sokong, tetapi mereka tidak lagi berada dalam parti (DAP),” katanya kepada media di Komtar tadi.

Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kritikan anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo tentang keputusan Pakatan Harapan tersebut.

Semalam, Sangeet yang juga ahli DAP dilaporkan berkata, pemilihan Mahathir sebagai Perdana Menteri hanya akan mengembalikan ‘Mahathirism’ dalam senario politik negara.