Dong Zong Jadikan Isu Pendidikan Cina Modal Politik Menjelang PRU14

Dong Zong Jadikan Isu Pendidikan Cina Modal Politik Menjelang PRU14

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membidas tindakan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) yang sering menggunakan isu pendidikan Cina sebagai modal politik menjelang pilihan raya umum.

Presidennya, Zambri Mohd. Isa berkata, tindakan mereka yang mendesak kerajaan untuk menambah 34 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dilihat seolah-olah menangguk di air keruh kerana perkara itu hanya disuarakan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semakin hampir.

“Tidak ada keperluan untuk kerajaan berbuat demikian kerana masih banyak SJKC mengalami masalah kekurangan murid, selain bilangan sekolah kebangsaan yang mencukupi untuk menampung keperluan pendidikan rendah di kawasan yang tidak mempunyai SJKC.

“GPMS berpendapat tidak perlu sama sekali untuk kerajaan menambah SJKC baharu semata-mata untuk kepuasan peribadi golongan cauvinis Cina seperti Dong Zong,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.