azmin Geng Kartel PKR Buat Mesyuarat Tertutup Agih Dana PRU14?

Geng Kartel PKR Buat Mesyuarat Tertutup Agih Dana PRU14?

Geng Kartel yang diketuai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa telah melakukan mesyuarat tertutup untuk mengagihkan dana PRU 14 untuk ahli-ahli kumpulan sendiri.

Menurut Shah Mohd, mesyuarat itu telah membelakangi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Bendahari Agung PKR, Datin Paduka Tan Yee Kew dan Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP), Nurul Izzah Anwar.

Adakah Azmin Ali Seorang Menteri Besar Yang Bermoral? - Khalid Ibrahim

“Apa perlu buat perjumpaan tertutup Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR dan Pengarah Pilihanraya Negeri (Selangor) untuk agihkan terus dana PRU tanpa pengetahuan Presiden?

“Dana pula disalurkan tidak melalui Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (Bendahari Agung) ataupun YB Nurul Izzah (JPRP)

“Adakah beliau sedang bina empayar politik dalam PKR?

“Adakah beliau mahu menunjukkan kepada pimpinan parti bahawa dia yang berkuasa dan boleh tolong semua pemimpin bawahan?” soalnya dalam Facebook.

Wang Rakyat Selangor Terus Dibazir, Bina Parkir Perpustakaan RM43 Juta - Chegubard

Seorang pengikut Facebook Shah Mohd memberitahu ada sesuatu perancangan yang ditulis di papan putih semasa mesyuarat tersebut.

“Shah Mohd cuba kau baca apa yang ditulis kat white board kat sebelah Azmin tu. Hahahaha tamak giler PKR,” kata Firdaus Bin Omar

“Tau pun,” jawab Shah Mohd.

Sumber: AIDC