Giliran Wan Azizah Pula Serang Presiden PAS

Giliran Wan Azizah Pula Serang Presiden PAS

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah kini dilihat mula mengambil pendekatan menyerang PAS secara terbuka, sebagai kesinambungan serangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap parti Islam secara agresif mutakhir ini.

wan azizah Mahathir Bapa Hipokrasi: Dulu Reformasi, Kini Kleptokrasi

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir (Roslan SMS) berpendapat serangan terhadap parti Islam itu seperti dibuat secara terancang.

“Selang beberapa hari setelah calon PM (Dr Mahathir) mereka menyerang PAS dengan memainkan isu “kafir”, mufti-mufti dikatakan kafir malah orang yang para mufti nasihati juga “kafir” kerana tidak bertindak terhadap PAS, hari ini giliran Presiden PKR pula.

“Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam akhbar Sinar Harian hari ini menuduh kononnya PAS mahu Najib kekal sebagai PM. Beliau membuat andaian itu kerana PAS kononnya menolak cadangan PH melantik Tun Dr Mahathir sebagai PM “interim” dan kerana Najib memuji Presiden PAS dalam Ucapan Tahun Barunya,” kata Roslan SMS dalam Facebook.

Tambahnya, serangan bertali arus, pimpinan PH termasuk Wan Azizah itu menunjukkan kegerunan mereka terhadap PAS menjelang PRU14.

“Sejak putus hubungan PAS dengan PKR dan DAP, makin kalut kelihatan bacaan politik mereka sedang PAS terus tegap belayar ke hadapan sebagai alternatif terbaik buat rakyat.

“Berkali PAS telah nyatakan akan melangkah masuk PRU 14 bersedia menghadapi BN dan PH dalam pertandingan pelbagai penjuru.

“Ini bermakna calon PH pun PAS tolak begitu juga calon BN. Mungkin Kak Wan masih asyik dan melayan rekod buruk yang diulang-ulang orang-orang PAN,” katanya.

Kerajaan Akan Ambil Alih RUU 355 Najib

Berkenaan pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Roslan SMS berkata PAS bersifat terbuka untuk pujian dan celaan.

“PAS membawa politik Islam. Ia tidak pernah minta dipuji sesiapa. Jika BN puji PAS mungkin kerana ia sedar politik Islam semakin relevan begitu juga PH berulang-kali menyerang PAS kerana mungkin mereka gelisah dan tidak selesa dengan politik Islam apatah lagi punya kawan seperti DAP.

“Janganlah kerana musuh puji PAS maka PAS dikata bersama musuh, itu politik kanak-kanak.

“PAS bersungguh mahu menjadi kuasa penentu dalam PRU 14 ini sehingga Islam diterima sebagai formula penyelesaian permasalahan ummah dan negara.

“Siapa sahaja mahu puji atau keji silakan yang penting rakyat Malaysia mesti dibawa keluar dari kemelut nestapa mereka.”

wan azizah Tiada Seorang Pun Ahli PKR Letak Jawatan Dari Pentadbiran Negeri Kelantan

Roslan SMS turut mempertikaikan jika PKR benar-benar berazam mahu menjatuhkan BN, kenapa dalam masa sama turut memilih pendekatan untuk menyerang PAS juga.

“Kak Wan dan PH pun tumpulah serang BN mengapa marah BN tapi PAS juga dibelasah.

“Ayuh rakyat Malaysia keluar dari politik kepura-puraan dan adu-domba, sekejap ke kiri sekejap ke kanan.

“Kembalilah ke politik yang punya prinsip dan konsisten fokus pada membela rakyat dan negara bukan berjuang untuk kepentingan dan agenda peribadi orang tertentu,” katanya lagi.

Sumber: AIDC