Ikut Sejarah, Tak Mustahil Mahathir Pecat Wan Azizah & Lantik Mukhriz Jadi TPM

Ikut Sejarah, Tak Mustahil Mahathir Pecat Wan Azizah & Lantik Mukhriz Jadi TPM

Sejarah membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri telah  memecat ramai timbalannya iaitu Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, dan Datuk Seri  Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC) Datuk Eric See-To Choong berkata, justeru tidak mustahil sekiranya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga menerima nasib sama sekiranya Dr Mahathir sekali lagi diangkat  sebagai Perdana Menteri, pasca PRU14 akan datang.

Wan Azizah Tak Malu, Mahathir Kata Tidak Akan Minta Maaf

Ujarnya, Pakatan Harapan mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menanti Anwar dibenarkan menyertai politik dengan berusaha mendapatkan pengampunan diraja bagi membolehkan Ketua Umum PKR itu bertanding dalam pilihan  raya serta-merta.

Jelas Eric, Dr Mahathir seperti kebiasaannya tidak mengotakan janjinya untuk berusaha mendapatkan keampunan diraja lantas Anwar akan terus dilarang menyertai politik dalam tempoh lima tahun akan datang, sehingga PRU15.

“Seperti tradisi kebiasaannya memecat semua Timbalannya, Tun M pecat Wan Azizah dan melantik Mukhriz sebagai TPM,” ujarnya melihat kepada kemungkinan berlaku selepas Dr Mahathir kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri.

mahathir Tanpa Pemilihan, Mukhriz Dua Kali 'Naik Pangkat'

Ujarnya, walaupun Dr Mahathir mengotakan janjinya untuk mendapatkan keampunan diraja namun Lembaga Pengampunan tidak membenarkan Anwar bertanding, Ketua Umum PKR itu tetap tidak boleh menyertai politik dan Dr Mahathir akan terus menggalas tugas sebagai Perdana Menteri sehingga berumur 98 tahun.

Sementara itu, Pengarah BNSC, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa lantikan Dr Mahathir adalah sesuatu yang amat memalukan bagi pembangkang.

Katanya, Dr Mahathir adalah orang yang dilabel pembangkang sebagai individu paling korup di Malaysia tetapi kini dijulang sebagai pilihan utama selaku Perdana Menteri.

mahathir Reformasi Anwar Ibrahim Kini Jadi 'Reformati'

“Pengumuman Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri bertentangan dengan agenda reformasi mereka sendiri. Ia adalah tragedi untuk perjuangan mereka,” katanya  dipetik Twitter.

Tambahnya, reformasi pembaharuan yang diumumkan Pakatan Harapan tidak akan terlaksana di bawah pemerintahan Dr Mahathir yang dibuktikan sebagai pakar tipu daya dan pembaharu yang tidak berguna.

“Paling utama, Mahathir tidak sinonim dengan inisiatif pembaharuan yang juga  diumumkan PH hari ini. Strategi yang buruk.

“Pengumuman hari ini hanya memberi kelebihan kepada BN,” tweet Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sumber: Malaysian Digest