Jika Azmin Tidak Sekat Peruntukan, Kenapa PAS Selangor Mahu Menghadap Sultan Selangor?

Jika Azmin Tidak Sekat Peruntukan, Kenapa PAS Selangor Mahu Menghadap Sultan Selangor?

Jika benar Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pernah menyekat peruntukan tahunan yang disediakan kepada ahli parlimen dan ADUN PAS di negeri itu, kenapa perlu Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ini kerana apabila Pesuruhjaya PAS Selangor mempertimbangkan cadangan untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bermakna Azmin telah membuat arahan menyekat peruntukan terhadap PAS walaupun dinafikan MB Selangor sebelum ini.

azmin Peruntukan Wakil Rakyat PAS Selangor Disekat?

“Sebelum ini Timbalan Presiden PKR Azmin Ali nafi dia sekat dan potong peruntukan tahunan bagi Ahli Majlis, ADUN dan anggota parlimen dari PAS di Selangor.

“Kalau ianya tidak berlaku mengapa perlu Pesuruhjaya PAS Selangor YB Ustaz Sallehen Mukhyi nak menghadap Tuanku Sultan Selangor untuk mengadu tindakan zalim, tidak beretika dan tidak berhati perut tanpa berperikemanusiaan ini?

“Mohon Azmin Ali henti berpolitik murahan sekadar membuat penafian sedangkan realitinya adalah sebaliknya,” kata Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.

Sebelum ini, The Malaysian Insight melaporkan Kerajaan Selangor pimpinan Azmin telah membekukan peruntukan tahunan kepada wakil rakyat PAS dan turut menyingkirkan seorang wakil dalam kerajaan tempatan.

azmin Sekat Peruntukan: PAS Ingin Menghadap Sultan Selangor

Memetik laporan Sin Chew Daily portal itu melaporkan tokoh PAS yang disingkir itu ialah Pengarah Pilihan Raya PAS negeri Roslan Shahir Mohd Shahir yang telah dipecat dari jawatannya dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Keputusan itu dibuat oleh Menteri Besar Azmin Ali sendiri sejak beberapa hari lalu, lapor portal itu.

Laporan memetik kenyataan sumber itu juga menyebut, tiga ahli EXCO PAS dalam kerajaan Selangor bagaimanapun dikekalkan untuk memastikan kelancaran pentadbiran.

Tambah laporan itu, keputusan terbaharu Azmin itu adalah tindak balas ke atas tindakan Kerajaan PAS Negeri Kelantan yang tidak melantik wakil rakyat PKR sebagai penyelaras di negeri tersebut.