Jumlah Kerusi Parlimen Paling Kecil: Luahan Kekecewaan & Kemarahan Akar Umbi PAN

Jumlah Kerusi Parlimen Paling Kecil: Luahan Kekecewaan & Kemarahan Akar Umbi PAN

PEGUAM PAS – DULU: “Saya boleh bayangkan kekecewaan yang amat sangat di kalangan mungkin sebahagian besar pemimpin, ahli, penyokong, pendokong dan aktivis parti Amanah kerana Amanah dialokasikan jumlah kerusi Parlimen yang paling kecil – 27 kerusi sahaja – bila diumumkan oleh KSU PH semalam. Bohonglah jika saya juga tidak kecewa dan simpati.”

AMIN AHMAD: “Bangun pagi dapat sms. Amanah 27 kerusi parlimen. Termenung juga. Patut ka depa bagi 27 kerusi saja pada amanah. PPBM yang baru pun dapat 52. PKR berkeras dengan kerusi mereka. Hebat…. kononnya depa ada gelombang. PPBM ada TUN. PKR ada anwar. amanah ada apa? Kata mereka. Tapi bila pilihanraya yg buat kerja adalah yang tak ada apa-apa gelombang.”

AMIN AHMAD: “Ada sebab untuk ahli amanah marah dan tersinggung. Adakah patut parti yang paling akhir dapat paling banyak kerusi.”

AHMAD LUTFI OTHMAN: “Takkan 2 kerusi aja, wilayah 0, perak pula berapa? Alahai Amanah”

PRU14: DAP & PPBM Bakal Bertanding Di Bawah Logo PKR Atau PAN?

AHMAD LUTFI OTHMAN: “Sahabat2 Amanah Johor, Wilayah dan Perak berhak untuk tidak puas hati dan bantah pengagihan kerusi Parlimen. Rakan2 sekutu pula jangan dilihat tamak dan ambik kesempatan di atas sikap sederhana Amanah …”

AHMAD LUTFI OTHMAN: “Takkan nak agih kerusi kat wilayah susah sangat? Sampai Amanah dapat 0. Ada 3 kerusi yang masih dikuasai BN. DAP dah ada 5 kerusi, PKR empat? Jadi, bedaklah baik2 antara Bersatu dan Amanah…”

DATO WAN RAHIM: “Mengapa hatiku tidak gembira? Why am I so unhappy today?”

DATO WAN RAHIM: “Perundingan telah selesai, persefahaman telah ditandatangani… cuma memendam rasa krn terlalu banyak yg kita terpaksa korbankan”

DATO WAN RAHIM: “Mungkin mlm ni sesuai unt memujuk hati yg luka dlm duka”

ZAINAL LUTFI: “27 kerusi parlimen dari SATU SEMENANJUNG. Johor dapat 2 dari 26. “Berlapang dada lah”. Apa ke bangang?”

Apabila PAN Yang Sokong Pengharaman Pesta Arak, Mereka Kata Progresif, Tidak Taliban

ZAINAL LUTFI: “Ada sahabat-sahabat yang dah bertungkus lumus sejak wujud Harapan Baru. Malahan sejak dalam PAS lagi untuk tebas semak di beberapa Parlimen yang sepatutnya Amanah bertanding. Dah berkorban seribu satu benda, dialah yang menebas lalang, perhabis duit. Kemudian peluang nak dekat menang diberi pada orang lain. Tak ke bengang?”

ZAINAL LUTFI: “Tak adalah aku kata AMANAH kena kejar banyak kerusi. Jadi Abang Long. TAK! Aku pun akan tolak orang AMANAH yang kejar kerusi nak bertanding. Nampak benor ada agenda sembunyi. Tapi sekurangnya sama rata. Kalau lebih pun sekadar 2-3 kerusi. Tak adalah beza sampai puluhan. Beringatlah nak berebut kerusi tu. Kalau seorang je beralah, yang lain tamak haloba. Mana “pakatan” nya?”

ZAINAL LUTFI: “Aku tak berminat nak cari gaduh. Tapi aku kena suarakan rasa hati. Orang gila sahaja yang “bersabarlah, bersabarlah…”. Petang ni pun dah banyak artikel keluar suruh orang AMANAH bersabar. Dey. Ni medan politik. Semua orang bawa tipu muslihat. Agak-agaklah! Janganlah naif sangat!”

ARIF ATAN: “Tahniahlah. PPBM dan PKR sudah menang sebelum kertas undi dikira. Menang sorak. Pakatanlah sangat.”

ARIF ATAN: “Orang no 1 dia, orang no 2 dia. Kerusi Parlimen banyak pun dia dan dia. Eh, macam babak dua penyamun dlm filem Nujum Pak Belalang: “yang ni untuk aku, yang ni pun untuk aku, eh bagi aku paling banyaklah kita kan dalam pakatan””

ARIF ATAN: “Amanah akan buktikan menang paling banyak. Diorang ingat banyak dapat kerusi, dah hebat sangat. Kerja ke laut!”

Tak Puas Hati Agihan Kerusi, PAN Johor Boikot Konvensyen

ARIF ATAN: “Bukan banyak lagi..melampau banyak..dah tu nak sindir2 Amanah pula. Langsung Mahathir tak reti nak jaga hati “kawan”nya.”

ARIF ATAN: “Ya. Sampai bila AMANAH harus terus mengalah ketika rakan dalam “Pakatan” haloba tak fikir hati kawan yang lain?”

ARIF ATAN: “Wajah sugul Abang Mat selaku Presiden AMANAH yang dalam ceramahnya mengundang tawa kawan-kawan PPBM, PKR dan DAP ketika sidang media tadi jelas menyimpan 1001 duka. Benarlah kata bidalan, mereka yang zahirnya menyenangkan hati orang lain, dalam hatinya sendiri siapa yang tahu.”

ARIF ATAN: “AMANAH pun punya maruah, jentera dan akar umbi yang perlu dijaga nurani mereka. Kalau hanya beberapa kerusi bahkan paling teruk satu kerusi pun tidak ada untuk AMANAH, tentulah tidak adil, bukan?”

ARIF ATAN: “Adakah Pakatan Harapan ada muslihat mahu singkirkan AMANAH di kerusi-kerusi strategik?”

ARIF ATAN: “Adakah Pakatan Harapan sudah menghukum AMANAH tidak mampu menyumbang kepada kemenangan ketika sebahagian besar kerusi PKR tandingi dulu pun kalah?”

Sumber: Dr. Kamarul Zaman Yusoff